Nafas Riviera Mediterranean di CHANEL Cruise 2024/25
Loli-Bahia memancarkan kebebasan dan gaya moden dalam koleksi CHANEL Cruise 2024/25 yang meraikan semangat Mediterranean.
CHANEL Dibawah Matahari Marseille Membawa Angin Klasik dan Sporty.
Menambah rasa setiap busana dengan siluet ikonik yang diberi nafas baru, CHANEL menghadirkan gaya tweed yang lebih berani, diperhalusi dengan butiran seperti hud sweatshirt, butang tekan, dan sulaman kerang cukup chic. Sentuhan inovatif ini mencipta naratif segar, di mana pakaian seperti seluar kulit dan bermuda denim dihias dengan braid menambah daya tarikan atletik. Gabungan sempurna antara kesederhanaan dan kecanggihan, koleksi ini meraikan wanita moden yang berani mendefinisikan semula apa itu gaya mewah dengan cita rasa dinamik dan unik.
Koleksi Cruise dari CHANEL merangkumkan intipati buat gaya hidup wanita moden yang carefree, penuh tenaga, dan berani bereksperimen. Dari tona pastel yang lembut hingga aksesori ikonik seperti topi jerami gaya Gabrielle Chanel, setiap rekaan mencerminkan spontaniti dan pesona yang membangkit jiwa muda. Raikan kempen eksklusif ini di butik CHANEL bermula November, di mana semangat Riviera Mediterranean menanti untuk menjadi sebahagian daripada kisah gaya dan wardrobe anda.
Artikel Berkenaan: Matthieu Blazy: Bakal Pengarah Kreatif Baharu Chanel? Kenali Pereka Muda Ini