GLAM First: Eksklusif Bersama Jurusolek Jijie Zainal, Kongsi Rahsia Solekan Istimewa YAM Tengku Puteri Iman Afzan

GLAM First: Eksklusif Bersama Jurusolek Jijie Zainal, Kongsi Rahsia Solekan Istimewa YAM Tengku Puteri Iman Afzan

Solekan malar segar yang lagi berseri YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di malam Istiadat Pernikahan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah bersama Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan. Istiadat Pernikahan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah bersama Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan menerima sentuhan magis oleh jurusolek Jijie Zainal. Rambut YAM Tengku Puteri Iman Afzan didandan oleh Shasya Balqisya dan menyarung persalinan dari Yadotsa.

Istiadat Pernikahan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah bersama Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan yang ditunggu-tunggu telah tiba dan berlangsung di Istana Abdulaziz Kuantan, Pahang. Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah kini sah bergelar suami kepada Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan pada tanggal 24 Oktober 2024.

Turut menarik perhatian, YAM Tengku Puteri Iman Afzan yang kelihatan terserlah disebalik sentuhan magis jurusolek terkenal, Jijie Zainal. GLAM singkapkan cerita menarik disebalik sesi solekan eksklusif ini.

See also
Rawatan Mewah Chanel Di Waktu Malam

GLAM mendekati jurusolek terkenal, Jijie Zainal yang telah menyolek wajah manis YAM Tengku Puteri Iman. Ikuti perkongsian Jijie Zainal mengenai rahsia sentuhan solekan Tengku Puteri Iman untuk Istiadat Pernikahan.

Untuk wajah manis Tengku Puteri Iman, saya mengambil inspirasi solekan malar segar dari negara jiran, Thailand. – Jijie Zainal

Untuk Istiadat Pernikahan Diraja, Jijie Zainal rias wajah Tengku Puteri Iman dengan elemen solekan ala Thailand yang telah menyerlahkan wajah Tengku Puteri Iman. Untuk wajahnya pula, Jijie menggunakan bedak asas Giorgio Armani Designer Lift Foundation yang juga merupakan produk kegemarannya.

Giorgio Armani Designer Lift Foundation kod 3 yang digunakan oleh Jijie Zainal

Jijie Zainal turut berkongsi bahawa Tengku Puteri Iman menyukai Armani Beauty Prisma Glass kerana ia mampu membantu untuk mengekal kelembapan bibir. Di istiadat pernikahan ini, Jijie menyapukan gloss bibir yang warnanya berunsurkan merah jambu buat Tengku Puteri Iman, menggunakan produk kegemarannya, Prisma Glass.

Untuk dandanan rambut Tengku Puteri Iman, Shasya Balqisya menggunakan Schwarzkopf dan mengaplikasikan dandanan yang simple, menyerlahkan lagi penampilannya keseluruhan di Istiadat Pernikahan Diraja.

See also
Lights, Camera, Action!

 

Artikel berkaitan: GLAM First: Eksklusif Bersama Jurusolek Rozlan Nassir, Dedah Guna 3 Produk Untuk Tengku Puteri Afzan Di Majlis Sanding Diraja!