Givenchy Lancar Tiga Bentuk Beg Tangan Koleksi Voyou

Koleksi Voyou Givenchy Musim Luruh-Sejuk 2024 Serlah Gaya ‘Bad Boy’ & Feminin

Pada Musim Luruh-Sejuk 2024 ini, Givenchy memperkenalkan beberapa tambahan menarik kepada koleksi beg tangan ikonik Voyou yang bermaksud “bad boy” dalam slang Perancis.

Koleksi Voyou kini hadir dengan bentuk yang baharu iaitu P’tit Voyou, beg bahu lembut dengan flap, serta variasi multi-buckle bagi Voyou klasik dalam saiz sederhana dan warna merah merona (Vermillion) yang menawan. Selain itu, Nano Voyou, versi mini beg asal yang semestinya menjadi pelengkap sesuatu outfit.

Kempen iklan global untuk koleksi ini menampilkan model dari Belanda, Julie Hoomans, dan jurugambar Tess Petronio diadakan di Paris. Menurut Petronio, siri ini menggambarkan simbol fesyen dan ekspresi kreatif, serta menekankan kekuatan keperibadian wanita. Manakala Julie, dengan gaya uniknya memberikan makna mendalam kepada sesebuah imej, menunjukkan bagaimana beg ini bukan sekadar melengkapi sang pemakai tetapi juga menonjolkan sifat seorang wanita moden.

P’tit Voyou tampil lebih feminin

Pertama kali diperkenalkan bersama koleksi wanita Musim Bunga-Panas 2023, beg ini terus mendapat perhatian kerana gabungan elemen feminin dan vibe biker yang santai. Bagi Musim Gugur-Sejuk 2024, P’tit Voyou membawa sentuhan baru yang lebih feminin kepada koleksi Voyou. Gaya flap beg ini mengimbangkan sikap rock Voyou yang ikonik dengan menggunakan kulit berkilau yang lembut dan gebu. Ia juga mengekalkan reka bentuk fungsional dengan dua ruang utama dan slot kad kredit untuk menyimpan barang penting dengan mudah.

See also
3 Stail ‘MOM TO BE’ Nurin Afiqah Pilihan GLAM

Selain itu, tali kulit boleh laras memudahkan P’tit Voyou digantung di bahu atau digunakan sebagai clutch, sesuai digayakan pada waktu siang dan malam. Perkakasan unik dan tali Voyou yang ikonik kini dilengkapi dengan buckle yang ramping, menambahkan sentuhan gaya edgy dan urban. Gaya penutup flap magnet canggih dan logo Givenchy metallic ini mempunyai beberapa pilihan warna iaitu hitam dan merah berona yang berkilau serta versi laminasi perak yang memukau.

Voyou dalam warna merah berona

Untuk Musim Luruh-Sejuk, Givenchy turut memperkenalkan versi baru beg Voyou yang menonjolkan keaslian rock-nya. Tersedia secara eksklusif dalam saiz sederhana, Voyou vermilion ini diperbuat daripada kulit tumbled berkilau dengan efek grainy halus, dipadankan dengan perkakasan emas dan perak. Ia juga dihiasi dengan empat tali multi-buckle di sudut beg.

Bebas bergerak dengan Nano Voyou

Tampil dengan gaya effortless dan bebas bergerak, Nano Voyou iaitu versi mini beg Voyou diperkenalkan dan ia dilengkapi dengan ruang utama yang cukup untuk menyimpan telefon pintar, kad, dan kunci, dengan pemegang yang sleek untuk dibawa dengan mudah, serta tali boleh dibuka untuk dipakai silang.

See also
Jadual Pementasan Di Minggu Fesyen Milan

Beg ini tersedia dalam warna hitam dan vermilion yang menarik perhatian, dengan tepi yang berlipat dan perkakasan dua tona. Terdapat juga pilihan lain seperti satin hitam atau navy gelap velvety yang mewah, dengan perkakasan berwarna perak yang unik.

P’tit Voyou, Nano Voyou, dan Voyou saiz sederhana kini boleh didapati di butik Givenchy dan secara dalam talian.

Artikel Berkaitan: Sentuhan Sarah Burton Mengorak Langkah Di Givenchy