Majlis Perkahwinan Mewah Millie Bobby Brown

Majlis Perkahwinan Mewah Millie Bobby Brown

Pasangan yang sepadan rupa dan status, Millie Bobby Brown dan Jake Bongiovi telah melangsungkan perkahwinan di Itali. 

Pelakon utama siri Stranger Things, Millie Bobby Brown dan pasangannya, Jake Bongiovi telah berkahwin pada bulan Mei yang lalu dan baru sahaja melangsungkan majlis mereka pada 2 Oktober kelmarin. Brown berkongsi gambar perkahwinan mereka di akaun Instagramnya. 

Bongiovi, yang juga merupakan anak kepada Jon Bon Jovi berkongsi salah satu gambar perkahwinan mereka yang belum pernah dilihat sebelum ini. Gambar berikut diikuti dengan kapsyen berbunyi “Selamanya dan sentiasa, suami kamu.” Brown juga memuat naik gambarnya di dalam gaun lace rekaan Galia Lahav dengan kapsyen “Selamanya dan sentiasa, isteri kamu.” Pengantin lelaki, Bongiovi mengenakan sut dari Tom Ford untuk perkahwinan indah mereka. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @jakebongiovi

Perkahwinan ini menjadi lebih ikonik dengan perincian dari Brown. Millie Bobby Brown menukar gaun sekurang-kurangnya tiga kali untuk memenuhi aspek yang berlainan sepanjang majlis perkahwinannya itu. Selain daripada Galia Lahav, Brown juga mengenakan gaun dari jenama Valentino dan Oscar de la Renta. Pasangan manis ini mengadakan perkahwinan mereka di Tuscany, Itali. Mereka pertama kali  mengumumkan pertunangan mereka pada tahun 2023 dan meraih perhatian atas dasar umur yang masih muda.

Millie Bobby Brown

Millie Bobby Brown

Millie Bobby Brown

Perkahwinan bahagia antara Millie Bobby Brown dan pasangannya Jake Bongiovi ini dimeriahkan oleh ahli keluarga dan rakan terdekat bersempena hari bahagia mereka berdua.

Pautan Berkaitan: Foto Eksklusif Majlis Perkahwinan Usher & Jenn Goicoechea