Bella Hadid Is Back! Catwalk Di Paris Fashion Week 2024

Bella Hadid Kembali Ke Pentas Peragaan, Catwalk Di Paris Fashion Week 2024

Model terkenal, Bella Hadid telah kembali ke dunia peragaan setelah dua tahun berehat dengan membuat penampilan pertamanya di Paris Fashion Week, memperagakan koleksi Saint Laurent untuk Spring-Summer 2025.

Dalam pertunjukan tersebut, Bella mengenakan sut hitam over-sized, kemeja putih, dan tali leher yang dipadankan bersama kaca mata hitam dan gaya rambut bun yang elegan.

Bella Hadid berehat dua tahun

Sebelum penampilannya di Paris, terakhir kali Bella dilihat catwalk di pentas peragaan pada Oktober 2022 bersama Naomi Campbell bagi acara amal di Doha, Qatar. Acara itu telah memukau mata yang memandang dengan gaya solekan mata gelap, gaun hitam dan kasut pump putih.

Menerusi temu bual bersama Allure, Bella mengakui bahawa setelah sedekad berkecimpung dalam industri permodelan, dia tidak mendapatkan kepuasan yang sepadan dengan usaha yang dicurahkan. Disebabkan ketidakseimbangan itu, dia membuat keputusan untuk berpindah ke Texas dan fokus kepada aspek lain dalam hidupnya.

Selama berehat dari dunia fesyen, Bella telah melancarkan wangiannya sendiri iaitu Orebella. Minatnya terhadap wangian telah wujud sejak lama yang dipengaruhi oleh latar belakang keluarganya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bella 🦋 (@bellahadid)

Pengalamannya membesar dalam keluarga Arab, Bella berkongsi betapa pentingnya bau-bauan dalam budaya mereka. Dia masih mengingati bau wangian neneknya ketika memasuki bilik dan ahli keluarganya juga menghasilkan essential oils.

See also
Esentrik Burberry Spring/Summer 2020

Bella merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk berkongsi minat dan cintanya terhadap wangian dengan orang lain melalui jenama minyak wanginya itu.

Artikel Berkaitan: 25 Inspirasi Gaya Rambut Bella Hadid