Seleksi Restoran Istimewa Sempena Hari Kemerdekaan Pilihan GLAM

Seleksi Restoran Istimewa Sempena Hari Kemerdekaan Pilihan GLAM

Lihat barisan restoran istimewa untuk meraikan sambutan Kemerdekaan dengan tawaran eksklusif ini bersama insan tersayang.

Seperti sedia maklum, Kuala Lumpur tidak kurang hebatnya dalam menawarkan restoran yang menakjubkan dengan pelbagai variasi menu. Pengalaman makan di ibu kota ini sememangnya memenuhi selera anda dengan pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa. Bersempena menyambut Hari Kemerdekaan, GLAM menyenaraikan seleksi restoran yang bakal memberikan suasana serta pengalaman makan yang tidak dapat dibandingkan.

Berikut Ialah 5 Seleksi Restoran Istimewa Sempena Hari Kemerdekaan Pilihan GLAM

1. Wok Star, Hotel Indigo

Untuk memperingati sambutan Merdeka dan Hari Malaysia yang akan datang, Wok Star di Hotel Indigo Kuala Lumpur On The Park menawarkan hidangan bufet berkonsepkan Pasar Malam hujung minggu. Pengalaman menjamu selera baharu yang menarik ini akan membawa tetamu melalui perjalanan kulinari Rasa Malaysia yang kaya dan pelbagai.

Bermula pada 30 Ogos 2024, Wok Star menawarkan pengalaman hidangan makan yang asli dan mengasyikkan setiap petang Jumaat dan Sabtu mulai 6 petang. Para tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan makanan yang lazat, termasuk Sup Gear Box, Signature Rojak Buah dan Street Burger yang ikonik. Pengalaman makan yang unik di Hotel Indigo semuanya berharga RM158 bagi setiap dewasa dan RM68 bagi setiap kanak-kanak.

See also
Koleksi BEHATI Merdeka Mencerminkan Kepelbagaian & Perpaduan Kaum Di Malaysia

2. The Chow Kit

The Chow Kit menjemput anda untuk menikmati masakan Melayu terbaik dari seluruh negara dengan menu “A Taste of Chow Kit”. Pengunjung akan ditawarkan dengan pilihan antara Ayam Kari Kapitan, Kambing Kuzi, Sambal Udang, Sotong Sambal Petai, Brussel Sprout Sambal Ikan Bilis dan Terung Balado. Untuk pembuka selera, tetamu diberikan dua jenis pilihan hidangan daripada daging dan ayam. Ia juga turut disertakan dengan hidangan makanan laut dan hidangan sayur-sayuran masing-masing untuk pengalaman masakan yang lazat.

Hidangannya dihasilkan daripada resipi yang diwarisi turun-temurun, meraikan kepelbagaian budaya masakan Melayu dari utara ke selatan Malaysia. Hidangan perkongsian “A Taste Of Chow Kit” boleh dinikmati untuk 2 orang dengan harga RM200++ sahaja.

3. Mosaic Restaurant, Mandarin Oriental Kuala Lumpur

restoran merdeka

Bermula 29 hingga 31 Ogos, Mandarin Oriental menjemput tetamu untuk menikmati bufet makan malam yang mewah berharga RM195.70 seorang. Bufet ini menjanjikan pengalaman masakan yang luar biasa yang menampilkan hidangan Malaysia yang kaya, termasuk Ketam Raja Bakar Hidup, Kambing Panggang dan Rendang Udang Galah.

See also
Dituduh Sebagai Pembuli, Karier Lakonan Blake Lively Bakal Berakhir?

Hotel ini juga menyajikan menu à la carte istimewa, tersedia pada 30 Ogos, di beberapa tempat makan di dalam hotel. Restoran dan Bar AQUA, Mosaic dan Lounge On The Park semuanya akan menyajikan menu eksklusif Merdeka sambil melanjutkan perkhidmatan mereka sehingga 1:00 pagi.

Tawaran unik ini memastikan tetamu boleh terus menikmati hidangan klasik Malaysia termasuk Pasembor, Kari Laksa, dan Durian Pancake. Suasana elegan sepanjang malam menjadikannya pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan.

4. Curate, Four Seasons Hotel Kuala Lumpur

restoran merdeka

Raikan Hari Merdeka dengan hudangan bufet yang merupakan perjalanan kulinari yang sebenar oleh Curate pada 30 dan 31 Ogos. Rasai gabungan hidangan kegemaran tradisional dan kelainan inventif yang menarik, menawarkan rekaan semula rasa klasik yang menyelerakan.

Daripada resipi turun temurun kepada ciptaan baharu yang inovatif, menu Curate memberi penghormatan kepada warisan Malaysia yang kaya, menjanjikan pengembaraan yang menarik untuk citarasa anda. Sertai mereka untuk perayaan penuh rasa yang menghormati tradisi dengan sentuhan moden.

See also
Semarak Merdeka Datuk Seri Siti Nurhaliza

5. The Return of Malaysiaku: Culinary Tales of Folklore and Fables, The St. Regis Kuala Lumpur

restoran merdeka

The St. Regis Kuala Lumpur memperkenalkan semula “Malaysiaku: Culinary Tales of Folklore and Fables” sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Dari Ogos hingga September 2024, tetamu boleh menikmati pengalaman makan yang unik di The Brasserie, restoran pilihan Michelin.

Tetamu akan disajikan dengan hidangan tradisional Malaysia menggunakan bahan tempatan dari semua 14 negeri. Berharga MYR 388 setiap seorang atau MYR 588 dengan gandingan wain, perjalanan kulinari ini meraikan warisan Malaysia melalui rasa yang istimewa dan penceritaan yang unik.

 

Artikel berkaitan: 4 Destinasi Restoran Pilihan GLAM Di Tokyo, Jepun