Generasi Ke-9 Clarins Double Serum Semakin Berkuasa - Glam Malaysia
Generasi Ke-9 Clarins Double Serum Semakin Berkuasa

Generasi Ke-9 Clarins Double Serum Semakin Berkuasa

Terajui teknologi baharu serba revolusi, Clarins Double Serum generasi ke-9 mengorak langkah lebih maju dalam menentang masalah penuaan.

Selaras dengan kemajuan sains dan teknologi masa kini, Clarins mencetus revolusi baharu dalam mentakrifkan visi baharu untuk menentang masalah penuaan. Dengan kekuasaan yang ada pada Double Serum baharu ini, ia mengubah masa depan kulit wajah anda.

Clarins Double Serum

REVOLUSI EPIGENETIK MEKANISMA BAHARU ANTI-PENUAAN

Epigenetik ditakrifkan sebagai satu kajian pengubahsuaian ekspresi gen yang dikaitkan dengan gaya hidup. Selama 5 tahun, intuisi perintis dan penyelidikan, akhirnya saintis Clarins melihat potensi utama epigenetik ini terhadap masa depan kulit, ia telah membuka era baharu buat Clarins dalam anti-penuaan.

Satu kajian secara klinikal eksklusif yang telah dijalankan ke atas lebih 60 kembar wanita homozigot, purata 30 pasang untuk melihat keberkesanan epigenetic pada penuaan kulit. Kajian dilakukan secara pemerhatian yang jelas dan mudah walaupun mempunyai solekan terhadap genetik yang sama, umur kembar berbeza. Penyelidik di Clarins berjaya menghasilkan pemetaan lengkap tentang kesan epigenetik terhadap proses penuaan antara kembar dan berjaya mengukur dengan tepat untuk kali pertama kesan perubahan ini pada beberapa parameter tanda kulit penuaan.

Clarins Double Serum

5 ASAS EPIGENETIK MENURUT DR. OLIVIER COURTIN

Jika di luar bidang kosmetik, mekanisma epigenetik juga digunakan untuk proses penuaan global. Namun, ia terpulang kepada kita untuk menjadi versi terbaik diri kita dan memperlahankannya dengan mengubah beberapa tabiat harian. Menerusi buku ‘Can You Guess My Age’ yang ditulis oleh Dr. Olivier Courtin-Clarins yang punya catatan ringkas tentang epigenetic untuk kekal muda dalam minda dan badan.

  1. DIET ANTIOKSIDAN
See also
Tuti Noor Mendominasi Dunia Peragawati Tanah Air

Anda disyorkan untuk mengambil pemakanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan (sebaik-baiknya mentah), buah-buahan, soya, kacang,biji, ikan berlemak dan lain-lain. Kerana ia sarat dengan vitamin, mineral dan antioksidan untuk membantu melawan penuaan.

  1. LAKUKAN SENAMAN FIZIKAL SECARA BERTERUSAN DAN TETAP

Aktif melakukan aktiviti harian selama 30-40 minit yang dapat merangsang gen dengan betul, imuniti dan mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif.

  1. GAYA HIDUP TENANG DAN SEIMBANG

Aktiviti santai seperti mendengar muzik, melakukan yoga atau membaca dapat menurungkan kortisol dan keradangan serta meningkatkan dopamin, serotonin dan imuniti.

  1. MENINGKATKAN HUBUNGAN MANUSIA YANG HARMONI

Adalah sangat diperlukan membuat sentuhan fizikal dan deria agar dapat mengaktifkan gen baik di dalam badan. Inilah sebab mengapa urutan dan terapi manual adalah penting. Dr. Olivier Courtin-Clarins mengesyorkan untuk melawat ke salun kecantikan sebulan sekali, melakukan urutan sendiri di rumah setiap hari secara keseluruhan dengan menggunakan daya di telapak tangan, permukaan tangan dan hujung jari.

  1. NIKMATI DAN HARGAI HIDUP ANDA

Emosi positif mempunyai kesan terhadap gen. Oleh itu, nikmatilah dan alami keseronokan harian yang mudah dengan memberi kesedaran seperti berada di bawah sinar matahari sambil melindungi kulit dengan krim tabir suria, melancong atau makan makanan yang lazat.

Double Serum

BULUH ORGANIK PROVENÇAL PERTAHANAN UTAMA PENUAAN

Setelah kajian dilakukan perubahan epigenetik yang penyebab penuaan ini berpunca kepada gaya hidup yang tidak seimbang. Oleh itu, Clarins membangunkan teknologi canggih yang baharu khas direka untuk menyasarkan tanda-tanda penuaan yang disebabkan gaya hidup dan faktor persekitaran. Sumber utama kepada teknologi ini adalah terletak pada tumbuhan yang tidak pernah digunakan dalam kosmetik.

See also
It’s Okay Not To Wear Face Mask If You Are Healthy!

Buluh organik Provençal gergasi telah dipilih daripada 800 ekstrak tumbuhan yang diperoleh di Perancis ini telah dipetik sendiri pada musim bunga di selatan Perancis. Manfaatnya yang kuat untuk kulit dan bersifat daya tahan di alam semula jadi menarik minat Saintis Clarins untuk mengkajinya. Setelah kajian, ekstrak buluh Provençal gergasi organik ini membantu meningkatkan daya tahan kulit terhadap penceroboh alam sekitar dan tanda-tanda penuaan awal.

Buluh

Penyelidik Clarins telah memanfaatkan semua sumber sains. Sebanyak 22 bahan utama tumbuhan yang paling berkuasa digabungkan termasuklah ekstrak kunyit yang ikonik buat Double Serum. Buat kali pertama dengan 5 molekul aktif tulen baharu ini mampu meningkatkan lagi keberkesanan serum. Dengan cara ini, setiap fungsinya dirangsang oleh duo yang terdiri daripada ramuan tumbuhan dan molekul aktif tulen sebagai pelengkap sempurna bahan-bahan.

Hasilnya kulit kembali REGENERASI dan lebih tegang dengan 2 bahan utama iaitu ekstrak Harungana Organik dan Peptida Pro-Kolagen. OKSIGENASI yang memgembalikan keserian kulit wajah  dengan kehadiran ekstrak Teasel yang digabungkan dengan Horse Chestnut Escin yang membantu menggalakkan peredaran mikro dan optimum tenaga sel kulit. Kehadiran vitamin E dan ekstrak bunga Lili Halia memberi PERLINDUNGAN kulit daripada penuaan dan sinar matahari. Peningkatan kulit yang terhidrasi secara semula jadi. Penghidratan ini adalah disebabkan kehadiran ekstrak Organik Leaf of Life dan asid hialuronik Acetylated lebih berkuasa 13 kali lebih lama berbanding asid hialuronik biasa. Akhir sekali iaitu menjaga NUTRISI makanan yang sihat. Kandungan ekstrak bunga Chestnut yang digabungkan bersama Squalane buat kulit seimbang.

See also
"Reinvent Yourself" with Henry Jacques

Double Serum

DOUBLE SERUM PENYELAMAT MASA DEPAN KULIT

Jelas Double Serum baharu ini menyasarkan tanda penuaan dengan lebih 50 penanda secara biologikal. Ia didorong oleh teknologi Epi-Ageing Defence, serum ini mempunyai tindakan mencergaskan secara global dengan meremajakan kulit secara terpelihara. Sebanyak 94% (Selepas aplikasi selama sebulan menerusi ujian pengguna terhadap 353 wanita) mendapati kulit kelihatan lebih muda daripada hari semalam.

Double Serum mempunyai bio-afiniti yang sempurna. Hanya dengan satu titis untuk kulit lebih licin, berseri dan kelihatan muda. Clarins telah berjaya menggabungkan dalam satu produk, beberapa ekstrak tumbuhan penentang usia yang paling mujarab yang boleh larut dalam air atau minyak. Sambil meminimumkan sebarang risiko ketidakserasian atau ketidakstabilan dan tanpa pengemulsi.

Clarins

Untuk tahun 2024, Double Serum diperkemaskan dengan rekaan botol serba inovatif, baru sesuai dengan generasi terkini. Reka bentuk yang unik, moden dan elegan yang menggabungkan sistem hidrik dan Lipidik serta gabungan sistem pam dwi untuk mengekalkan nilai intrinsik yang mengagumkan. Botolnya bersifat eko dan masih 100% ikonik. Botol Double Serum mengandungi 94% bahan kitar semula untuk jejak karbon minimum.

Artikel berkaitan Mekar Wajah Muda Bersama Clarins Precious