Jin BTS Diangkat Menjadi Duta Global Baharu Gucci
Siapa yang tidak kenal akan bintang, ikon serta penyanyi, Jin yang merupakan ahli tertua daripada kumpulan BTS? Setelah tamatnya latihan ketenteraan selama 18 bulan, kini Gucci menjadikan Jin sebagai muka baharu untuk Duta Globalnya!
Fenomena BTS bukan sahaja masih teguh dalam dunia hiburan, malah di dalam industri fesyen juga masih terasa kehangatannya. Label mewah Gucci dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan selebriti dan ahli popular kumpulan pop abad ke-21, Jin BTS sebagai Duta Jenama Globalnya yang terbaharu. Berita ini semestinya memberi kejutan istimewa terutama buat para peminat Jin yang kini kembali bergiat aktif setelah menjalani khidmat lantihan tentera di Korea Selatan.
Personaliti Magnetik Sebagai Sisi Menarik Jin BTS Kepada Gucci
Sejak debut mereka pada 2013, BTS telah menjadi kumpulan pop sensasi global dan memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Muzik Billboard serta banyak lagi! Mereka melakar sejarah sebagai artis Korea pertama mendahului carta Billboard Hot 100. Pada Oktober 2022, Jin yang merupakan salah seorang ahli BTS, mempamerkan kepelbagaian dan keperibadiannya di persada dunia. Bakatnya terserlah dengan pelancaran single solo sulungnya, ‘The Astronaut.’ Lantas, Jin menerima populariti yang lebih lagi serta menguatkan platfom beliau dalam industri hiburan.
Pengarah Kreatif Gucci, Sabato De Sarno mengalu-alukan ikon pop terkenal ini sebagai Duta Jenama Global Baharu Gucci. Jin dikhabarkan mempunyai personaliti yang magnetik. Dia amat mesra dan berperwatakan baik hati dengan gaya uniknya yang menarik perhatian. Sabatods juga bertanggapan bahawa Jin seorang pemuzik luar biasa di mana dia mampu menggerakkan orang ramai dengan seni muziknya. Perihal ini membuatkan keterujaan Pengarah Kreatif Gucci untuk bekerjasama dan berkongsi perjalanan dengan Jin.
Sebagai Duta Jenama Global Gucci, Jin akan mewakili dewan merentasi pelbagai inisiatif dan acara yang mempamerkan semangat inovatifnya. Kerjasama ini dijangkakan bakal memikat dan memberi inspirasi kepada peminat di sekeliling dunia. “Gucci ialah jenama ikonik dengan warisan yang telah lama wujud. Ia sungguh bermakna dan mendebarkan untuk menjadi sebahagian daripadanya” ujar Jin BTS.
Artikel Berkaitan: Bintang Terkenal Jin BTS Membawa Obor Olimpik Paris 2024