GLAM Wedding: Afifah Nasir Merealisasikan Perkahwinan Idamannya
Afifah Nasir

GLAM Wedding: Afifah Nasir Merealisasikan Perkahwinan Idamannya

Ikuti majlis perkahwinan Afifah Nasir yang serba elegan dan boleh memberi inspirasi kepada bakal pengantin. 

Setiap orang pasti mempunyai impian tersendiri untuk majlis perkahwinan, bermula daripada pemilihan busana yang anggun hingga ke dekorasi pelamin. Pemilihan yang tepat mengikut citarasa tidaklah semudah yang disangka kerana ia memerlukan perancangan yang rapi untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar dan mengikut kehendak pasangan pengantin.

Afifah Nasir Merealisasikan Perkahwinan Idamannya

Ayuh ambil inpirasi perkahwinan daripada juita jelita ini!

Kunci Utama Dekorasi

Afifah Nasir menggunakan khidmat Indah Wedding untuk dekorasi pelamin yang telah menjadi tumpuan utama dalam majlis tersebut. Pelamin dihias dengan palet rona putih yang elegan dan bersih, menggunakan elemen-elemen yang mencerminkan personaliti pasangan.

“Impian saya dalam pemilihan dekorasi pelamin ialah angelic dan tenang untuk dilihat. Saya tidak mempunyai tema khusus untuk majlis perkahwinan. Inspirasi saya diambil daripada media sosial dan diubah suai mengikut citarasa saya sendiri” kongsi Afifah kepada GLAM. Afifah juga memberi tips kepada pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan untuk mengekalkan identiti sendiri biarpun inspirasi diambil daripada media sosial.

See also
Diamond & Platinum X Nurita Harith “FLEURIT”, Serikan Perkahwinan Idaman

Jurugambar Pilihan

Afifah Nasir

Kami tahu, pemilihan jurugambar untuk perkahwinan adalah sesuatu yang mencabar. Bermula dengan meneliti hasil foto perkahwinan yang diambil oleh jurugambar akan membolehkan anda melihat julat yang lebih komprehensif, daripada potret keluarga hingga tangkapan terperinci penerimaan tetamu.

Menurut Afifah yang telah mengambil khidmat The Vallure sebagai jurugambar, hubungan emosi dalam kerja jurugambar adalah sangat penting. Detik-detik bermakna dalam hidup kita adalah satu siri imej yang sedang bergerak. Satu bingkai perkahwinan dalam ingatan boleh mengandungi keintiman yang luar biasa, kegembiraan dan cinta.

Menatarias Wajah oleh Jurusolek

Afifah Nasir

Sewaktu di belakang tabir pernikahan Afifah Nasir dan Syed Hariz, GLAM sempat bertanya siapakah jurusolek yang menjadi pilihan raja sehari pada hari itu. Afifah membalas “Of course the one and only, Khir Khalid!”. Lain jemari, lain keagungannya. Jadi pilihlah dengan teliti siapa penata solek anda di hari bahagia. Khir menyerlah kecantikan semula jadi Afifah dengan memberi sentuhan segar dan bercahaya pada wajahnya.

Dandanan Rambut

Afifah Nasir

Updo adalah pilihan yang paling terbaik sekali untuk gaya rambut perkahwinan buat anda yang memiliki rambut panjang. Dandanan rambut oleh Ckay Liow buat Afifah pada hari istimewanya kelihatan amat rapi dan menjadi antara gaya kegemaran kami.

See also
#StayHomeWithGD: 20 Tip Rumah Mesra Alam

 

Artikel berkaitan: Sembang Cantik Bersama Afifah Nasir