9 Lagu Terbaik Untuk Dimasukkan Dalam Playlist Spotify Menurut Maya Letisha
9 Lagu Terbaik Untuk Dimasukkan Dalam Playlist Spotify Anda Menurut Maya Letisha

9 Lagu Terbaik Untuk Dimasukkan Dalam Playlist Spotify Menurut Maya Letisha

Sebagai penggemar muzik, Maya Letisha merasakan bahawa muzik ialah sesuatu yang penting untuk mendapatkan mood yang baik dalam satu hari. 

Ketika bertemu dengan Maya Letisha, GLAM sempat bertanya tentang 9 lagu terbaik untuk dimasukkan dalam playlist Spotify menurut Maya Letisha. Menurut Maya, dia sukakan lagu yang lebih rancak seperti Hip Hop dan R&B. Lagu yang menaikkan semangat Maya mampu mengekalkan tenaganya dan membuatnya menari adalah kegemarannya. 

#1 Say Yeah – Mnelia

Lagu berjudul Say Yeah dari Mnelia ini adalah salah satu lagu go-to Maya. Lagu ciptaan penyanyi ini sendiri sesuai dengan semua orang, bak kata Maya. Hampir semua lagu yang di dengari oleh Maya mempunyai genre yang sama seperti Say Yeah.  

#2 No More Love Song – Skeete

Lagu yang bergenre R&B ini tidak terlalu perlahan dan mempunyai rentak yang menarik membuatkan anda ingin menari. Bagi Maya, lagu ini juga lagu yang sangat comel kerana liriknya tentang cinta. Cute love song! 

See also
Beyonce & Adidas Hulur Bantuan Kewangan Buat Mangsa Ribut Salji

#3 My All – Mariah Carey

Apabila Maya berada di dalam mood menyanyinya, lagu My All daripada penyanyi terkenal Mariah Carey ini menjadi pilihannya. “Anda semua mesti bersetuju dengan saya.” ujar Maya. Lagu My All ini merupakan lagu di dalam album studio ke-enam Carey yang dikeluarkan pada tahun 1997. 

#4 Run Away – Chris Brown ft Bryson Tiller

“Ini tidak akan menjadi playlist Maya tanpa lagu Chris Brown.” ujar Maya ketika temubual bersama GLAM. Lagu keempat di dalam playlist Maya Letisha ialah Run Away dari Chris Brown. Dan Bryson Tiller. Kedua-dua penyanyi ini merupakan kegemaran Maya. Lagu ini merupakan lagu dari album ke 11 Brown, 11:11. 

#5 Calypso – Bryson Tiller 

Bryson Tiller, penyanyi dan penulis lagu dari Amerika Syarikat ini kembali dengan album ciptaannya sendiri selepas 3 tahun pada tahun ini, bulan April. Calypso merupakan lagu ke 14 dalam album ini. Lagu yang mempunyai rentak rancak ini memberi vibe muzik Caribbean dan seronok untuk menari. 

See also
Di Sebalik Kehidupan Glamorous Mariah Carey

#6 Around The World – Nippa

Bintang meningkat dari London, Nippa mengeluarkan single sulungnya pada bulan Februari 2024 yang lalu. Dengan vokalnya yang mengalir atas rentak nostalgik dan futuristik lagu itu, Nippa membangkitkan kegemilangan buat peminat R&B. 

#7 Girls – Kid Laroi

Lagu nyanyian Kid Laroi ini tular di media sosial seperti TikTok dan Instagram. Untuk Maya, Girls ialah lagu yang wajib dimasukkan ke dalam playlist kerana lagi ini akan memberi vibe yang baik untuk hari anda. Girls ialah sesuatu yang berbeza daripada kebanyakan lagu yang pernah dikeluarkan oleh Kid Laroi dan untuk Maya, lagu ini seperti lagu pra-permainan yang memberi semangat. 

#8 Know You Better – Blush’ko

Lagu seterusnya sangat sesuai dimainkan ketika bersama kawan-kawan anda, di dalam kereta menuju ke destinasi percutian. Lagu ini dikeluarkan pada tahun 2018 oleh penyanyi musikal Blush’ko. Penyanyi kelahiran Melbourne ini pernah terletak di carta dunia pada tahun 2017 dengan single sulungnya, Another Love. 

See also
Olimpik Tokyo: Apa Isu Simone Biles Sehingga Menarik Diri?

 #9 Wifey – Next

“Kalau saya ada teman lelaki, dia mesti nyanyikan lagu ini cuz I’m a wifey.” kata Maya Letisha tentang lagu nyanyian kumpulan Next ini. Wifey dikeluarkan pada tahun 2000 dan berada di tempat pertama US Billboard Hot R&B/Hip-Hop Singles & Tracks. Lagu ini juga mencecah tempat ke 7 dalam Billboard Hot 100

Artikel berkaitan: Maya Letisha Tidak Boleh Hidup Tanpa 3 Produk Penjagaan Kulit Ini (glam.my)