Sambutan 100 Tahun Koleksi Trinity Oleh Cartier Di Singapura
trinity cartier

#ApaSiapaDiMana: Jisoo, Jackson Wang dan Jeff Satur Parti Bersama Cartier Di Singapura

Cartier berlabuh di Marina Bay Cruise Centre, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 koleksi Trinity dan dihadiri oleh duta global mereka yakni Jisoo dan Jackson Wang.

Pada 10 Julai yang lalu lebih 500 undangan menjadi tetamu istimewa Cartier bagi meraikan ulang tahun ke 100 koleksi Trinity. Marina Bay Cruise Centre menjadi lokasi pilihan dan gah dengan simbahan lampu merah yang cukup ikonik dengan Cartier. Di luar pekarangan lokasi ini, tersergam indah logo Cartier dengan berbalas lautan juga lampu-lampu daripada kapal yang berdekatan. Ia memberi satu perasaan yang cukup indah kepada tetamu.

Melangkah masuk, barisan batilion Cartier siap sedia menanti kami semua. Tempat bergambar disimbah dengan rona emas, menaikkan lagi status parti ini. Di arena parti pula, tersusun tiga lori makanan dan bar minuman dengan seni reka bersifat industrial. Selain pelbagai aktiviti yang disediakan, Cartier juga menjemput duta-duta utama mereka bagi memeriahkan suasana. Jisoo dan Jackson Wang hadir dengan barang kemas Trinity.

See also
An Affair with Timekeepers

Sambil menunggu acara bermula, DJ About Time dan DJ Kenny Num menaikkan suasana di arena parti dengan muzik-muzik yang membawa semua ke lantai dansa. Malam itu dibuka dengan persembahan oleh tiga penari Sydney Dance Company. Tarian itu direka khas oleh koreografer asal Sepanyol, Rafael Bonachela. Selain itu, pentas Cartier turut diserikan dengan persembahan mantap Jeff Satur, Benjamin Kheng dan DJ Belle Sisoski.

trinity cartier

Bukan hanya parti semata-mata, Cartier juga mengadakan satu pameran di The Arts House, Singapura. Ada tujuh bilik yang mengandungi pelbagai kisah berkaitan Trinity dan Cartier. Antara yang menjadi pilihan adalah kamar yang mana Cartier menceritakan tentang kisah tiga saudara yakni Louis, Pierre dan Jacques Cartier dalam melebarkan jenama ini di tiga lokasi iaitu benua Eropah, Amerika dan England. Louis Cartier menjadi insan penting dalam pelancaran koleksi Trinity ini. Ada satu kamar yang didedikasikan tentang perjalanan kisah Trinity sejak tahun 1924 sehingga era moden sekarang.

Artikel Berkaitan: GLAM Eksklusif: Kempen Trinity Cartier Bersama Jisoo

See also
3 Rahsia Rambut Cantik Duta Dyson Terkini, JISOO Blackpink