Victoria Beckham x Mango Bersifat Sensual Dan Feminin

Victoria Beckham x Mango; Sebuah Hadiah Posh Spice Buat Semua

Tiga kata yang menggambarkan koleksi eksklusif Victoria Beckham x Mango yang bakal mula terjual pada 23 April 2024 adalah sensual, considered dan feminin!

Dua jenama bagaikan memberi esen tersendiri kepada koleksi Victoria Beckham x Mango. Bagaimana kamu dan pasukan mendekati jenama ini dan proses mana yang memberi kepuasan sebenar?

Saya mahu melebarkan lagi audien yang merasa relevan dengan jenama namun tetap bertunjangkan estetik dan DNA dan hasilnya cukup membanggakan. Membawa dua jenama ini kepada satu aliran cukup memberi rasa moden dan saya juga kagum melihat pasukan Mango yang teliti dan mempunyai sifat attention to detail serta pengetahuan ketukangan seni yang tinggi.

Victoria Beckham x Mango

Ia merupakan satu cabaran yang menarik untuk menerima satu lagi proses kreatif tanpa berkompromi pada seni dan keinginan. Saya juga merasakan bahawa kita mempunyai etos, estetika dan nilai bersama sekitar sifat feminin, kualiti dan cinta sebenar terhadap produk.

Semasa membuat koleksi ini, apakah jenis rujukan yang anda fikirkan?

See also
Fesyen Pilihan Tetamu A-List Yang Hadir Ke Majlis Perkahwinan Meghan Markle & Putera Harry

Saya mahu mencipta satu gerobok fesyen yang sempurna buat bulan musim panas. There is a cheekiness, tetapi masih kekal put together dengan sentuhan sensualnya. Saya terinspirasi dengan filem Perancis yang ikonik bertajuk La Piscine, lebih-lebih lagi dengan karakter bersahaja lakonan Jane Birkin. Dia mementingkan kecantikan semula jadi, sangat feminin dan mempunyai rasa kebebasan yang sebenar.

Bagaimana kamu bayangkan wanita Victoria Beckham x Mango dan apakah personalitinya?

Wanita ini adalah multi-faceted. Ia bukan tentang menjadi mana-mana satu jenis wanita tetapi bagi saya ia berkisar bagaimana mereka mahu menyarungkan koleksi ini dan tampil lebih berkuasa dan menjadi versi yang lebih baik.

Victoria Beckham x Mango

Apakah ceraian yang mampu mewakili koleksi ini dan yang mana satu menjadi kegemaran?

Saya sukakan dress slip dan ceraian tailoring. Saya selalu tampil dengan gaya feminin dan maskulin serta mahu menambah rencah yang effortless kepada gerobok fesyen wanita. Ia juga mempunyai gaya yang versatil, bertunjangkan nilai kemodenan dan sofistikated. Ia mungkin kelihatan mudah tetapi penghasilannya perlulah sempurna pada bentuk badan, sebagaimana ia mencipta strong silhouette.  It’s always about silhouette for me.

See also
5 Selebriti Yang Pernah & Hampir Menjadi Mangsa Culik

Artikel Berkaitan: 4 Stail ‘Classy Look’ Wan Nur Syaira Pilihan GLAM