Puteri Diraja British Kate Middleton Disahkan Menghidap Kanser

Puteri Diraja British Kate Middleton Disahkan Menghidap Kanser

Apakah perkembangan terkini Kate Middleton yang disahkan menghidap kanser?

Personaliti Puteri Diraja Puteri Wales Kate Middleton yang menghilangkan diri dari dunia media baru-baru ini menjadi perhatian dunia. Kehilangan beliau menjadi tanda tanya kepada semua pihak dan tular di platfom media sosial. Banyak spekulasi yang di buat akan kehilangan beliau ini.

Sumber imej dari Instagram

Dunia digemparkan sekali lagi apabila Puteri Diraja British Kate Middleton memuat naik kiriman berbentuk video pada 22 mac baru-baru ini. Dalam video tersebut beliau mengumumkan telah didiagnosis dengan kanser dan berada di peringkat awal. Kanser ini dapat dikenal pasti apabila beliau menjalani pembedahan usus besar pada 14 Januari. Kata Puteri Wales itu lagi, dia juga menganggap bahawa diagnosis itu sebagai satu kejutan yang besar apabila diberitahu. Kate Middleton dan suaminya Putera William akan melakukan apa-apa sahaja demi keluarga mereka.

Kate mengatakan dia semakin hari beliau perlu kuat dan sihat untu melawan penyakit tersebut. Kekuatan dari segi mental dan fizikal juga perl bagi membantu dalam melawan penyakit supaya beliau kekal positif dan tenang selama menjalani rawatan. Dalam video kirimannya itu, beliau menyatakan yang mempunyai putera William di sisinya juga merupakan sumber keselesaan dan jaminan yang kuat padi kondisinya sekarang. Kasih sayang, sokongan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh orang ramai juga sagat bermakna bagi mereka sekeluarga. Beliau sekeluarga bersyukur dan berterima kasih akan keprihatinan yang ditunjukkan oleh orang ramai di sosial media.

Keadaan Terkini Kate Middleton !

Kate Middleton Disahkan Menghidap Kancer

Sumber imej dari Google

Kanser yang dialami oleh Puteri Wales yang berusia 42 tahun ini dikesan semasa ujian selepas membuat pembedahan perutnya pada 16 januari. Beliau menjalani rawatan yang sepatutnya bagi kanser itu bermula pada akhir bulan Februari. Kemas kini terkini juga mengatakan Kate sedang menerima rawatan chemotherapy berhubung penyakit yang dipadapinya. Bagi pencerahan yang lebih jelas kaser adalah sejenis penyakit ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Sel ini biasanya akan bertambah mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor. Kemas kini terkini juga mengatakan kate sedang menerima rawatan chemotherapy berhubung penyakit yang dihadapinya.

Kanser merupakan penyakit yang berbahaya dan dinasihatkan agar pembaca di luar sana untuk membuat ujian saringan  kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun agar kita dapat mencegah lebih awal mengenai penyakit. “Mencegah lebih baik dari merawati “itu antara kata-kata yang anda perlu cakna dan diambil serius kini. Semoga Puteri Wales Kate Middleton kembali sihat seperti sedia kala.

 

Kate Middleton Disahkan Menghidap Kancer

Sumber imej dari Instargram @_kate_middleton_royal