Jisoo Bintangi Kempen Trinity Cartier
jisoo cartier

GLAM Eksklusif: Kempen Trinity Cartier Bersama Jisoo

Bintang sensasi K-Pop, Jisoo yang juga duta kepada Cartier menjadi wajah utama buat sambutan perayaan ulang tahun ke-100 koleksi Trinity.

Trinity diperkenalkan pada tahun 1924, dan 100 tahun kemudiannya barang kemas ikonik Cartier ini terus utuh menjadi idaman semua. Bagi merayakan sambutan ke-100 tahun, Cartier melancarkan satu filem istimewa yang dibintangi oleh duta-duta mereka termasuklah Jisoo, Paul Mescal dan Yara Shahidi.

Trinity yang ikonik dengan rekaan saling bersilang ini membawa makna cinta cukup mendalam. Serta satu kemungkinan yang tidak ada penghujungnya dalam meraikan keluarga, rakan dan momen yang tidak tercapai perasaannya. Bagaikan cincin Trinity, semua watak yang menghiasi kempen ini bergerak secara bebas namun masih terikat pada paksi yang sama.

jisoo cartier

“Bagi saya, Trinity adalah sebahagian daripada kehidupan kita, ia menghubungkan kepada idea kepelbagaian dan membolehkan saya menerima semua aspek – dan untuk menggalakkan generasi baharu berbuat demikian,” Jisoo

“Trinity bagi saya merangkumi persahabatan, kasih sayang dan kebaikan. Ia adalah satu penghormatan mutlak untuk menjadi sebahagian daripada ini kempen,” Paul Mescal

See also
Selepas Reaksi Dingin Industri Fesyen Kanye West Mengubah Waktu Pertunjukannya

“Triniti adalah lambang keterkaitan dan cinta yang sangat bersesuaian, kerana kehidupan saya sendiri adalah hasil daripada kasih sayang yang saya rasai daripada komuniti sokongan saya,” Yara Shahidi

“Saya harap semua orang dapat mencari tahap kebahagiaan dan kepuasan mereka sendiri. Saya cuba mewujudkan emosi pautan yang menyerupai nilai Trinity,” Jackson Wang

“Bagi merasai, mencintai dan mencipta sebagai satu kolektif adalah pengalaman yang benar-benar menakjubkan. Kerjasama serta menyertai dunia yang pelbagai dan mewujudkan pertukaran adalah simbolisme sebenar tentang kesejagatan Trinity,” Labrinth

Artikel Berkaitan: Michelle Yeoh Pilih Barang Kemas Cartier Ke Met Gala 2023