Swarovski Menyambut Raya Dengan Ciptaan Halus Yang Menyerikan Semangat

Swarovski Menyambut Raya Dengan Ciptaan Halus Yang Menyerikan Semangat

Menjelang Syawal yang akan tiba, Swarovski menyambut masa yang penuh kesyukuran dan perpaduan dengan penambahan baru dalam beberapa koleksi barang kemasnya daripada keluarga Constella, Luna, Una, Matrix, Millenia dan Imber.

Fasa kalendar lunar ini menggalakkan kita semua mencari kegembiraan dalam keindahan yang mengelilingi kita, memberikan peluang untuk membina hubungan dengan orang yang kita kasihi. Bintang kempen Raya untuk tahun ini ialah selebriti terkenal Malaysia, Scha Alyahya, Sharifah Rose, Qasrina Karim, Hun Haqeem dan Nadhir Nasar. Tidak lupa juga, ia turut dibarisi bintang terkenal Indonesia, Raline Shah.

Swarovski Menyambut Raya Dengan Ciptaan Halus Yang Menyerikan Semangat

Swarovski

Musim perayaan ini adalah masa yang sesuai untuk meraikan kemewahan yang menggembirakan di tengah-tengah jenama. Menanti ketibaan Raya, kempen menarik ini dengan sempurna mempamerkan potongan yang pelbagai dan multi-faceted stones, setiap satu dihasilkan dengan intensiti maksimum, memancarkan sinar yang berseri-seri untuk gaya Raya.

1. CONSTELLA

Mengambil inspirasi dari keindahan langit malam, gandingan mewah gold-toned metal dan vivid green crystals melambangkan keanggunan asas sambil mencerminkan keajaiban alam semula jadi. Warna hijau berseri menghormati tradisi Raya sambil memancarkan ketenangan, pembaharuan dan kemakmuran.

See also
Kylie Minogue, Ikon Pop Yang Kekal Stylish

2. LUNA

Energetik. Misteri. Memikat dengan berani. Luna mengambil keindahan bulan yang tiada tandingan, mengubah bentuk bulan sabitnya menjadi rangkaian barang kemas yang provokatif. Reka bentuknya mempunyai punk edge yang bersinar dengan pavé kompleks, sudut tajam, dan sfera yang berseri.

3. UNA

Kecantikan bertemu dengan kesederhanaan dalam ciptaan yang cerah ini yang berinspirasikan kosmik. Menampilkan green stone yang mengagumkan di tengah, ia dirangka dengan seni binaan teknik pavé khas Swarovski dan diakhiri dengan gold-tone plated chain. Elegan, moden, dan sedia untuk menarik perhatian pada hari Raya anda.

4. MATRIX

Reka bentuk matrix berada dalam aliran berterusan. Dicipta dengan elegan untuk membawa cetusan kegembiraan, menyerlahkan kemewahan yang sempurna untuk musim Raya ini, menghasilkan rupa perhiasan yang menakjubkan.

5. MILLENIA

Millenia adalah salah satu Ikon Swarovski. Menampilkan sentuhan kehalusan yang berani dalam setiap barang kemas, ia merupakan bentuk ekspresi diri yang sempurna. Dengan gayanya yang dramatik, rantai dan gelang keliling yang terbentuk daripada deretan kristal berbentuk oktagon hijau dan disiapkan dengan tetapan bersalut rona emas yang menonjol. Reka bentuk gelang Millenia memancarkan keberanian dengan empat untaian individu yang yang masing-masing dihiasi dengan batu oktagonal dalam pelbagai warna hijau.

See also
Victoria's Secret Swarovski Look Dengan Perincian 1 Juta Kristal

6. IMBER

Asal-usul pembuatan Swarovski didedahkan dalam keluarga Imber, di mana perkakasan logam yang diinspirasikan dari industri berkilauan dengan kristal set bezel chunky yang jelas dan suntikan pop merah jambu yang serba baharu untuk musim perayaan ini. Tetapan lembut dan bergerak memberikan unsur organik, anggun, moden dan sedia menarik perhatian untuk sambutan Raya anda.

7. JAM TANGAN

Dicipta dalam bentuk oktagon ikonik Swarovski, jam tangan bangle Dextera yang unik ini dibuat untuk glamor maksimum. Ia mempunyai logo angsa pada jam 12 dan tiga penanda indeks kristal. Bersama dengan satu kristal yang memukau yang diletakkan di mahkota, jam ini juga dihidupkan dengan 194 kristal.

Untuk koleksi jam tangan yang lain, jam tangan Certa direka secara kreatif untuk menyerlahkan dengan sebarang pakaian. Di bawah kaca mineral, guilloché dial yang mempersona didedahkan dengan logo angsa Swarovski pada jam 12. Bersama dengan indeks yang dicipta daripada kristal bulat dan baguette. Jam tangan buatan Switzerland ini kalis air dan direka untuk memastikan anda menepati masa untuk majlis seharian dengan kecanggihan yang eksklusif.

See also
Oscars After-Parties: Skin is IN!

 

Koleksi Raya Swarovski tersedia untuk dibeli secara eksklusif di stor Swarovski Malaysia dan laman web rasmi, Swarovski.