5 Gaya Stylish YM Puteri Noor Afzan Pilihan GLAM

5 Gaya Stylish YM Puteri Noor Afzan Pilihan GLAM

YM Puteri Noor Afzan amat popular dan menjadi inspirasi ramai golongan anak muda hari ini. Kecantikannya tiada bandingan, ayuh lihat 5 gaya stylish Puteri anggun pilihan GLAM ini.

Dilihat gemar mengembara, GLAM amat tertarik dengan gaya peribadi YM Puteri Noor Afzan apabila keluar bercuti ke luar negara. Gayanya yang cukup stylish, dia bijak memilih apa yang kena dan sesuai dengan dirinya. Kami pernah menemu bual wanita ini beberapa tahun yang lalu, bertanyakan tentang stail peribadinya,

Jujurnya, ia bergantung kepada mood saya haha. Saya lebih terarah kepada gaya kasual jalanan untuk stail harian saya. Atau juga activewear, kerana saya suka bergerak aktif setiap hari. Manakala untuk majlis-majlis yang lebih formal, I try to either keep it classy, simple or preppy. Namun, walauapapun jua pilihan, keselesaan adalah yang paling menjadi keutamaan.”

Gaya Puteri Noor Afzan sememangnya menjadi gaya cedokan wanita-wanita muda di luar sana. Gaya kewanitaan yang cukup klasik dan moden dalam pada masa yang sama menjadi kegilaan ramai hari ini. Tidak perlu tunggu tibanya waktu bercuti sahaja untuk bersiap cantik, malah harian juga boleh disuntik stail preppy ini.

See also
Sultan Ibrahim Ditabal Yang Di-Pertuan Agong Ke-17

5 Gaya YM Puteri Noor Afzan Paling Stylish Pilihan GLAM

#1 Glamor Mewah

Padanan set co-ord satin berbulu bersama aksesori perhiasan rantai leher berlian untuk makan malam berpandangkan kota mewah Dubai

noor afzan

 

#2 Stylish Summer

Melihat percutian Puteri Noor Afzan di sekitar Seoul Korea dengan gaya yang cukup bersahaja namun masih kekal glamor dan bergaya.

noor afzan

 

#3 YM Puteri Noor Afzan menawan dengan gaya Boho Chic

Mengingatkan kami kepada gaya manis Nicole Richie dan Sienna Miller suatu ketika dahulu yang cukup popular dengan stail seperti ini. We love the headband style so much! 

 

#4 Gaya Pajama

Trend gaya ini dari dahulu sudah menarik perhatian ramai. Estetika yang memfokuskan kepada adunan gaya pakaian tidur yang cukup selesa untuk keluar bersiar-siar atau melakukan aktiviti harian. Seperti Puteri Noor Afzan, dia tampil cukup stylish dan bijak memadu gaya “pajama” dan “leisure” seiring gaya peribadinya.

 

#5 Gaya Romantik

Setiap wanita kami yakin gemarkan gaya seksi dan dalam pada masa yang sama masih tampak anggun dan glamor. Mengenakan tube dress panjang rona hitam ke makan malam seperti Puteri Noor Afzan adalah satu pilihan yang tepat sekali!

See also
10 Gaya Karpet Merah Terburuk 2024 (Setakat Ini)

noor afzan