Keindahan Mahkota & Rantai Berlian Dayang Anisha
Berlian Dayang Anisha

Ini Perincian Tentang Mahkota & Rantai Berlian Dayang Anisha

Kecantikan Dayang Anisha Rosnah sesungguhnya menjadi bualan ramai. Mata yang memandang turut tidak ketinggalan melihat keindahan mahkota dan rantai berlian milik wanita cantik ini.

Tamatlah sudah keraian majlis persandingan 10 hari berturut Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan YM Dayang Anisha Rosnah. Pelbagai perkara menarik turut menjadi ‘viral’ di media sosial beberapa hari yang lalu termasuklah pilihan lagu yang didendangkan pada tetamu ketika majlis bersantap, menu hidangan serta foto-foto sewaktu muda milik kedua mempelai ini.

Berlian Dayang Anisha

Gambar: @tmski

Perincian Mahkota Dan Rantai Berlian Dayang Anisha

Namun, yang paling menarik perhatian kami di GLAM sudah semestinya pada busana yang digayakan Dayang Anisha Rosnah. Pada majlis persandingan yang berlangsung 14 Januari lalu, terlihat aksesori berlian yang telah digayakan serta tampil memperlengkapkan lagi penampilan serba menawan Dayang Anisha Rosnah.

Mahkota indah yang disarung wanita ini adalah sebenarnya pernah disarungkan oleh kakanda Putera Mateen sendiri iaitu Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah pada persandingannya yang telahpun berlangsung pada Januari 2023 lalu. Mahkota ini ternyata hasil tukangan jenama mewah dari Singapura iaitu Flower Diamond. Jenama yang diasaskan oleh Belinda Chua semenjak 1996 lagi. Jenama ini dikenali sebagai jenama yang mencipta aksesori barangan kemas bespoke, menggabungkan keanggunan klasik dan kontemporari di dalam setiap desainnya.

See also
Puteri Fazura, Fatima Dikurniakan Rantai Berlian Daripada Tengku Permaisuri Selangor

Berlian Dayang Anisha

Gambar: Flower Diamond

Mengambil masa 8 bulan buat Flower Diamond untuk mencipta tiara yang dihiasi dengan 838 tatahan berlian melebihi 132 karat dalam variasi potongan bulat, segi empat, pear juga bujur yang cukup indah. Sesungguhnya mahkota mewah ini cukup indah dan padan dengan busana sarungan Dayang Anisha pada hari tersebut.

Selain daripada itu, ramai yang turut terpukau dan terpegun dengan kecantikan rantai berlian sarungan Dayang Anisha. Berlian yang disarung indah pada leher wanita ini adalah berlian yang hampir sama digayakan Puteri Fadzillah Lubabul Bolkiah pada majlis persandingannya tahun 2022. Cuma perbezaannya terletak pada perincian berlian utama di mana Dayang Anisha tampil dengan potongan lebih manis yang ditatahi suntikan berlian rona merah jambu.

Berlian Dayang Anisha

Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, Puteri Fadzillah Lubabul Bolkiah, Dayang Anisha Rosnah