Ini 5 Tip Untuk Bakal Pengantin Tampil Berseri Atas Pelamin

Ini 5 Tip Untuk Bakal Pengantin Tampil Berseri Atas Pelamin

Cantik pasangan mempelai, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Dayang Anisha saat bersanding. Ayuh GLAM kongsikan tip untuk bakal pengantin tampil berseri seperti mereka! 

Sememangnya jika ditanya pada para bakal pengantin wanita, perkara pertama yang paling dititik beratkan saat tiba hari persandingan adalah kesihatan kulit wajah yang sempurna. Sudah tentu kita tidak mahukan kulit yang kusam, kering dan tidak bermaya, ia hanya akan membuatkan yang hadir ke majlis anda tidak berhenti berkata-kata!

Menjadi pengantin ini adalah sebenarnya sebuah momen cukup istimewa dalam hidup dan seharusnya menjadi ingatan sehingga bila-bila. Pelamin yang indah, busana yang ‘terletak’ cantik pada tubuh, pemilihan makanan, kek sanding juga pencuci mulut untuk hidangan tetamu, setiap perincian adalah penting bagi memastikan segalanya berjalan sempurna.

bakal pengantin

Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Dayang Anisha

Namun, kadang-kala tekanan dan stres yang melanda saat mengendalikan majlis ini mampu memberi kesan kepada kesihatan, lagi-lagi pada kulit wajah. Bukan sesuatu yang mudah untuk bakal pengantin wanita ini kawal terutama sekali apabila bercakap tentang hormon.

See also
Selamatkan Kulit Wajah Dengan Ceramidin

Walaubagaimanapun, ada cara untuk membantu bakal pengantin mengambil berat terhadap kondisi kulit mereka agar tampil berseri di atas pelamin. Di dalam kesibukan mengurus hal majlis, pastikan ada melakukan lima tip mudah ini. Lakukan agar anda tidak menyesal di kemudian hari!

5 Langkah Untuk Kulit Tampil Berseri-seri Buat Bakal Pengantin

#1 Rutin penjagaan kulit wajah

Seeloknya rutin ini sudah dimulakan beberapa bulan sebelum hari pernikahan. Rutin harian seperti membersih, sapuan toner serta pelembap haruslah konsisten. Penting juga untuk anda pastikan produk yang digunakan memiliki target yang betul dengan masalah kulit anda. Seeloknya elakkan diri daripada pandai-pandai untuk mencuba sesuatu produk baharu beberapa minggu sebeleum hari persandingan.

#2 Exfoliate kulit untuk bakal pengantin tampil lebih berseri

Kulit wajah kita ini sering terdedah dengan pencemaran luaran. Asap rokok sekeliling, cahaya matahari berlebihan mampu membuatkan kulit menjadi lebih kusam. Saranan kami adalah untuk melakukan eksfoliasi pada kulit sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu (buat yang berkulit normal), namun jika anda memiliki kulit jenis kering, pastikan anda hanya eksfoliasi hanya seminggu sekali. Buat yang berkulit sensitif, pastikan anda menyental kulit kering pada wajah dengan tekanan lembut dan pilih jenis produk yang tidak terlalu kasar.

See also
Tip Penjagaan Kereta Dengan Servis Tanpa Sentuh

bakal pengantin

Gambar: Pinterest

#3 Jangan lupa untuk minum air kosong dengan banyak

Minumlah air kosong yang secukupnya untuk kelembapan kulit yang optima. Air membantu menjaga kulit tetap segar dan bercahaya. Banyak sebenarnya manfaat minum air kosong ini. Bukan sekadar untuk kulit, ia juga dapat membantu mengurangkan berat badan terutama sekali dalam mengawal kalori. Bilangan kalori untuk segelas air kosong adalah bersamaan dengan kosong! Jadi buat bakal pengantin, amalkan air kosong berbanding air manis bergula.

#4 Beri perhatian lebih pada bahagian sekitar mata

Bakal pengantin sememangnya akan sangat sibuk sehingga tidak cukup tidur memikirkan perihal majlis ini. Dan sekiranya, diri tidak cukup tidur, bahagian mata akan kelihatan kesannya yang ketara. Jadi untuk mengurangkan mata lebam, sembap dan tidak bermaya, pastikan anda mengamalkan rutin menyapu krim mata setiap hari. Labur pada krim mata yang berkualiti untuk hasil yang lebih berkesan. Selain itu, amalkan juga tidur yang cukup. Ia amat membantu buat kesihatan tubuh badan, minda, juga kulit wajah. Percayalah!

See also
Solusi Terbaik Menguruskan Badan

#5 Pastikan diri cukup nutrisi

Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang seperti pengambilan makanan kaya nutrisi. Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan berlemak dan kekacang adalah kunci kepada makanan yang memberi kebaikan pada kesihatan kulit. Seeloknya anda amalkan juga pengambilan suplemen seperti vitamin dan mineral. Namun, pastikan anda mendapatkan konsultasi daripada doktor atau para pakar terlebih dahulu.