Uqasha Senrose & Puteri Aishah Hamil Cahaya Mata Sulung - Glam Malaysia
Uqasha Senrose & Puteri Aishah Hamil Cahaya Mata Sulung

Uqasha Senrose & Puteri Aishah Hamil Cahaya Mata Sulung

Dua aktres jelita tanah air, Uqasha Senrose dan Puteri Aishah mengesahkan mereka bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Uqasha dan Puteri Aishah berkongsi berita gembira itu bersama peminat menerusi hantaran di Instagram masing-masing. Dalam video yang dimuat naik, Uqasha mengimbas kembali momen bahagianya dari detik bergelar isteri sehingga kini, saat berbadan dua.

“Syukur Ya Allah, Alhamdulilah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk Qasha. Gementar dari nak jadi isteri dan sekarang nak jadi ibu pula.

Uqasha Senrose puteri aishah hamil

Foto: BHarian

“Ramai tanya kenapa Qasha tak jawab. Sebab pernah gugur, jadi Qasha takut. Jadi biarlah Qasha sendiri yang cakap.

“Doakan yang baik-baik untuk Qasha and bayi. Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan. Bila bakal jadi ibu ni, baru tahu dan rasa yang comel ke cantik ke semua itu tak penting. Paling penting kesihatan dan sempurna cukup sifat, itu saja doa Qasha,” tulisnya panjang lebar.

See also
GLAM PROFIL: YINN OOI

Uqasha yang mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November 2021 pernah mengalami keguguran. Disebabkan itu dia lebih selesa mengunci mulut tentang berita kehamilannya.

 

Puteri Aishah Buat Kejutan

Kala peminat sedang bergembira dengan berita kehamilan Uqasha, Puteri Aishah turut mengumumkan dia kini berbadan dua. Pendedahannya nyata mengejutkan ramai.

Aktres berusia 30 tahun itu berkongsi video percutiannya bersama suami, Muhammad Firdaus Sulaiman sebelum menayang dan mengusap perutnya yang membesar. Sama seperti Uqasha, dia juga tidak mendedahkan usia kandungannya.

“The butterflies he used to give me turned into tiny feet,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Puteri Aishah dan Firdaus diijabkabulkan pada bulan 21 November 2021, hanya 16 hari selepas Uqasha dan Kamal disatukan sebagai suami isteri.

 

Baca: Shila Amzah Umum Hamil Anak Kedua