5 Stail Selebriti ‘TO LOOK FORWARD’ in 2024
Hello 2024! Ucapkan selamat tinggal kepada fesyen tahun-tahun lalu. Beralih ke tahun baharu, stail juga hendaklah berinspirasikan baru nan segar. Untuk tahun 2024, GLAM ingin tahu bagaimanakah agaknya gaya lima selebriti berikut? Last year they were stylish, could they serve style again this year?
SHARIFAH ROSE
Penghias sampul GLAM bulan Ogos 2023, Sharifah Rose antara selebriti muda berhijab yang memiliki gaya konsisten. Kekal dengan gaya modest namun moden, Rose telah membina nama bukan sebagai selebriti sahaja, juga seorang usahawan dan pereka kandungan digital yang berjaya. Rose berjaya membuktikan bahawa seorang yang berhijab boleh berfesyen mengikut trend semasa. Tahun lalu, Rose seringkali menampilkan banyak paduan gaya yang sederhana dan disesuaikan dengan sempurna, dengan warna neutral dan palet yang berkelas yang selalu menjadi yang terbaik. Wanita-wanita masa kini harus merujuk gaya sepertinya. By the way, what can Rose bring this year in style? Sama-sama kita nantikan.
NEELOFA
Queen of style. Personally, Neelofa masih memegang status sebagai individu fesyen. Sungguhpun, berniqab sepenuh masa, Neelofa masih gemar berfesyen. Pada tahun lalu, Neelofa kembali ke arena fesyen lokal setelah melahirkan anak kedua. Neelofa kembali giat menghadiri acara fesyen dan merakam gambar untuk kempen-kempen fesyen jenama yang terpilih sahaja. Inilah yang kita mahukan. Have some exclusivity.
NINA AMIN
Yes, Nina Amin. Mungkin ada di antara anda yang terkejut dengan nama Nina Amin dalam senarai ini. Secara peribadi, stail peribadi Nina sedang berevolusi. Dia semakin tahu apa yang sesuai dengan identitinya. Apa yang saya perhatikan, gaya Nina semakin matang dan ada karakter yang tersendiri. Manakan tidak, Nina menjadi rebutan banyak pereka fesyen lokal yang menjadikannya sebagai muse dan wajah kempen. She’s effortless in style.
ZAHIRAH MACWILSON
Zahirah Macwilson bakal menimang cahaya mata yang kedua tahun ini. Something to be excited for. Tanya sesiapa sahaja, Zahirah pasti menjadi pilihan ramai yang memberinya gelaran the new fashion star. Tahun lalu, Zahirah aktif dalam fesyen. Antara wajah utama yang menghadiri acara fesyen juga menghiasi kempen digital. Dan untuk tahun ini, Zahirah pasti berkongsi her ‘maternity style’ yang sedikit sebanyak memberi inspirasi buat wanita yang bakal bergelar ibu atau sudah menjadi ibu. If they have Rihanna, we have Zahirah MacWilson.
TYRA KAMARUZZAMAN
Tyra baru sahaja berkongsi gambar pertunangannya dengan jejaka bernama Emran Rijal. Tarikh pernikahan mereka belum diumumkan lagi. Namun tetapi, we can’t wait for their wedding! Tyra juga antara personaliti di Malaysia yang memiliki gaya yang konsisten. She’s always with her skinny jeans. Jarang terlihat berlebihan. Tyra lebih selesa mengenakan kombinasi pakaian kasual yang sangat chic. Meskipun tidak ada logo mencolok yang terlihat pada penampilan harian Tyra, ada sesuatu tentang gaya peribadinya yang memancarkan kemewahan.
Artikel berkaitan: 5 Gaya Elegen Sherry Amin Pilihan GLAM