8 Fesyen Pasangan Selebriti Terbaik Pada 2023 - Glam Malaysia
8 Fesyen Pasangan Selebriti Terbaik Pada 2023

8 Fesyen Pasangan Selebriti Terbaik Pada 2023

Gaya Taylor Swift dan Travis Kelce mencuri perhatian ramai baru-baru ini. Bagaimanapun stail power couple lain seperti Amal dan George Clooney serta Ben Affleck dan Jennifer Lopez telah pun menjadi bualan dunia selama berabad-abad.

Masih ingat lagi persalinan kulit serba hitam ikonik pasangan Beckham pada 1999? Juga gaya denim sedondon yang disarung Justin Timberlake dan Britney Spears dua tahun kemudian?

Beberapa gaya paling diingati dalam sejarah fesyen datangnya daripada pasangan Hollywood popular. Namun tidak dinafikan, gandingan pasangan terkini tidak kurang hebatnya.

Lihat momen fesyen terbaik power couple Hollywood pada tahun ini

 

1. Travis Kelce & Taylor Swift

8 Fesyen Pasangan Selebriti Terbaik Pada 2023

Pasangan ini dengan pantasnya menjadi ikon fesyen dengan persalinan musim luruh yang disarung. Untuk janji temu istimewa ini, Taylor Swift memadankan blaus jarang Jean Paul Gaultier dengan skirt kulit manakala Travis Kelce memilih set persalinan rona krim.

 

2. A$AP Rocky & Rihanna

8 Fesyen Pasangan Selebriti Terbaik Pada 2023

Duo peneraju fesyen ini tampil santai sewaktu makan malam di New York City. Persalinan ini secara khususnya mencetuskan spekulasi pertunangan mereka selepas peminat menyedari cincin berlian gergasi di jari manis Rihanna.

See also
10 Momen Ikonik Billie Eilish Di Permaidani Merah

 

3. Jennifer Lopez & Ben Affleck

8 Fesyen Pasangan Selebriti Terbaik Pada 2023

Pasangan ini kelihatan segak dan anggun dalam Gucci kala menghadiri Lacma Art+Film Gala di Los Angeles. Jennifer Lopez menggayakan gaun jarang rona champagne manakala Ben Affeck pula memilih tuksedo rona hitam.

 

4. Megan Fox & Machine Gun Kelly

8 Fesyen Pasangan Selebriti Terbaik Pada 2023

Sejak menjalin hubungan tiga tahun lalu, Megan Fox dan Machine Gun Kelly telah beberapa kali tampil dengan gaya berpasangan terbaik. Di New York, aktres ini dilihat menyarung gaun sut cut-out yang dipadankan dengan rambut palsu merah. Penyanyi itu pula tampil lebih santai dengan persalinan uniknya seperti kebiasaan.

 

5. Justin Bieber & Hailey Bieber

Dek kerana tampil dengan gaya berbeza sepanjang tahun 2023, suami isteri ini menjadi bahan jenaka netizen. Bagaimanapun momen fesyen paling popular pasangan ini adalah ketika acara promosi Rhode Skin di New York City. Kontras dengan gaun mini glamor merah isterinya, Justin Bieber memilih sut trek rona kelabu dan Crocs kuning.

See also
The Shape Of You: Allisha Azlan & Julia Van Der Drift

 

6. Kendall Jenner & Bad Bunny

Pasangan ini berjaya membuktikan mereka antara power couple paling bergaya di Hollywood. Penyanyi dan supermodel ini kelihatan chic kala menghadiri pertunjukan Gucci Ancora pada Minggu Fesyen Milan September lalu.

 

7. George Clooney & Amal Clooney

Pasangan suami isteri pujaan ramai ini tampil sofistikated dalam persalinan gabungan rona putih-biru kala bercuti di Venice, Itali pada bulan Ogos.

 

8. Priyanka Chopra & Nick Jonas

Kala menghadiri Kejohanan Tenis Wimbledon awal tahun ini, Priyanka Chopra dan Nick Jonas menggayakan stail ‘old money’. Aktres ini menyarung but tinggi rona hitam bersama gaun beropol sedondon manakala suaminya tampil segak dalam persalinan serba coklat dari hujung rambut ke kaki.

 

Foto: Getty Images

Baca: Momen Fesyen Ikonik Victoria & David Beckham Dahulu Hingga Kini