5 Sebab Anda Perlu Memiliki Pengering Rambut Panasonic nanocare EH-NA98 - Glam Malaysia
Panasonic nanocare EH-NA98

5 Sebab Anda Perlu Memiliki Pengering Rambut Panasonic nanocare EH-NA98

Ternyata ramai yang belum sedar tentang kepentingan memiliki pengering rambut yang berkualiti. Dengan hadirnya Panasonic nanocare EH-NA98 ini, ia mampu memberikan anda pengalaman mengering rambut berbeza daripada biasa. 

Tampil dalam tiga pilihan rona serba moden lagi mewah, ‘Rouge Pink’, ‘Black’ juga rona baharu ‘Navy’, dan dihadirkan pula bersama fungsi dan tetapan yang pelbagai menjadikan ia sebagai model pengering rambut ideal buat semua wanita di luar sana. 

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menarik tentang pengering rambut ini adalah pada teknologinya. Ia memberikan pengalaman menyeluruh dimana ia bukan sekadar mengering, malah juga berfungsi memelihara rambut dan kulit kepala dan wajah secara optima. 

Panasonic nanocare EH-NA98

Tanpa kita sedari, setiap helaian rambut sebenarnya amat mudah terkena kerosakan yang diakibatkan oleh persekitaran dan juga gaya hidup seharian. Tahukah anda juga, bahawa rambut yang rosak mengakibatkan, kutikel rambut menjadi terbuka dan mampu membuatkan lembapan hilang langsung menjadikan ia kering dan rosak kemudian menjadi tidak bermaya?

See also
Guerlain Aqua Allegoria Perkenal Dua Lagi Haruman

Kami berpeluang untuk mencuba dan mendekati pengering rambut Panasonic nanocare EH-NA98 dan ternyata amat kagum dengan kualiti hasil selepas menggunakannya. 

5 Fungsi Hebat Pengering Rambut Panasonic nanocare EH-NA98 Pilihan GLAM

#1 Teknologi nanoe™ dan Double Mineral ions

Produk ini hadir dengan teknologi dan fungsi pintar dikuasakan dengan kombinasi dua ion hebat iaitu nanoe™ juga Double Mineral ions yang mampu membuatkan setiap helaian rambut menjadi lebih kuat, lembut dan bersinar. 

nanoe™  mampu menyuntik keseimbangan zarah air dan lembapan kemudian menindas elektrik statik untuk mengurangkan rambut mengembang. Manakala Double Mineral ions pula mengukuhkan lagi kutikula rambut di samping melindung daripada terkena sinaran UV berbahaya.

#2 ‘Scalp Care’ Mode

Dengan adanya tetapan ini pada pengering rambut Panasonic Nanocare EH-NA98 ini, ia dapat mengeringkan rambut dengan kadar suhu 50°C dan tidak akan merosakkan kulit kepala.

#3 ‘Skin Care’ Mode

Memberikan sebuah pengalaman baharu kepada si pemakai apabila pengering rambut anda juga memiliki tetapan bukan sahaja untuk rambut dan kulit kepala tetapi juga buat kulit wajah! Tetapan ini berfungsi dalam memberikan lembapan ekstra pada kulit wajah dengan adanya kuasa teknologi nanoeTM ini.

See also
Kenali Punca Dan Tip Penjagaan Kulit Kepala Gatal

#4 ‘Intelligent Temperature Control’ Mode 

Menarik lagi tentang pengering rambut ini apabila ianya memiliki tetapan yang mana membolehkan ia suhu pengering berubah secara automatik mengikut kadar suhu sekeliling. Ia memberikan pengalaman mengering rambut yang cukup memuaskan! 

#5 ‘Hot/Cold’ Mode

Mod berganti panas/sejuk ini telah dibina untuk mengubah aliran udara automatik antara udara panas juga sejuk. Maka jurang suhu ini akan membantu mengurangkan gelombang, menyelaraskan permukaan rambut kemudian memantulkan cahaya bagi menambahkan lagi kilauan. 

Kunjung Jerayawara Solusi Rambut nanocare Panasonic 2-5 November ini! 

Panasonic nanocare EH-NA98

Panasonic Malaysia mempersembahkan inovasi canggih nanocare yang menggabungkan keperluan kecantikan dan teknologi terkini dalam penjagaan rambut di Jerayawara Solusi Rambut nanocare Panasonic bermula 2 hingga 5 November 2023 ini yang bertempat di Sunway Pyramid, LG2 Central Avenue (berhadapan Gigi Coffee). 

Panasonic nanocare EH-NA98

Pelbagai aktiviti disediakan serta demonstrasi rambut oleh penggaya rambut profesional turut diadakan buat anda untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang pengering rambut Panasonic nanocare EH-NA98 ini. 

See also
Tiru Trend Kuku Musim Bunga/Panas 2021

Panasonic nanocare EH-NA98

Bukan itu sahaja, anda juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan promosi eksklusif yang ditawarkan sepanjang di jerayawara ini. Anda juga boleh bermain dengan mesin gashapon yang dipenuhi dengan 2000 pilihan hadiah menarik. 

Panasonic nanocare EH-NA98

Buat anda yang membeli pengering rambut Panasonic nanocare EH-NA98 semasa di sana nanti, anda akan bakal diberikan baucar rawatan rambut bernilai RM400 sebagai hadiah dengan pembelian atau juga beg kosmetik Panasonic yang eksklusif (sementara stok masih ada).

Untuk maklumat lanjut, jangan lupa untuk layari Facebook rasmi Panasonic.