Trend Baru Musim Ini, Semak Trik Fesyen Tiga Label Utama - Glam Malaysia

Trend Baru Musim Ini, Semak Trik Fesyen Tiga Label Utama

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Setiap label merayakan koleksi baru dengan semangat dari ragam aspek dan elemen. Cedok inspirasi gaya dari trend fesyen yang dibawakan Ferragamo, Gucci dan Max Mara khas musim luruh. 

FERRAGAMO

Minimalis bukan satu perkara yang baru dalam fesyen tetapi melalui arahan kreatif Maximillian Davis, ia menjadi satu estetik baharu. Ferragamo era baharu menentukan semula kemewahan dengan pendekatan minimalis namun memberi impak. Khas musim luruh 2023, Ferragamo menciptakan koleksi pakaian dan aksesori berkualiti tinggi dan terus melestarikan craftsmanship yang autentik, sehingga mendapat reviu fesyen yang mengagumkan. Ferragamo mengolah koleksi menjadi sesuatu yang dinamik dan relevan bagi para penggemar fesyen kini yang berorientasi pada desain dan kualiti. Kreativiti Davis terletak pada potongan dan pilihan warna yang seakan senada, memperlihatkan perpaduan yang sangat harmoni.

Dari warna- warna tanah yang hangat hingga neutral yang nyaman. Dan rona merah terlihat kental dipentaskan juga dirancang rapi yang memancarkan keanggunan baharu. Ferragamo musim ini mendefinisikan kemewahan yang sederhana, menawarkan pelbagai pakaian yang sesuai bagi mereka yang menghargai kesederhaan yang halus terutamanya penyuka gaya ‘quiet luxury’.

See also
Bottega Veneta Perkenalkan Material Baharu Silky Calf Leather