Sharifah Rose, Glam Persona Mekar Cipta Fenomena Luar Biasa

Ini Era Sharifah Rose

NAMA SHARIFAH ROSE KIAN MENJADI BUALAN, TERNYATA DIA BUKAN SAJA PUNYA RUPA, MALAH BUNGA YANG SEMAKIN MEKAR INI SEAKAN SATU FENOMENA. SO THIS IS LIFE THROUGH ROSE.

pengarah kreatif AIZAT AIDID pengarang fesyen JOHAN KASSIM pengarah seni kanan AMIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM
gambar CHEE WEI solekan KHIR KHALID penata hijab NAZLIVINGASTYLE teks IZZATI SAADIN busana & aksesori LONGCHAMP

“Hi Rose,” sapa saya sebaik tiba di studio penggambaran, dan dia menyantuni sapaan saya dengan cukup gemalai. Ini pertama kali saya bersua dengan Sharifah Rose Sabrina atau lebih mesra dengan panggilan Rose, dan ternyata tanggapan pertama saya padanya jauh meleset.

Sharifah Rose berjaket, seluar serta skarf juga beg Box-Trot M, Longchamp

Saya sangkakan Rose seorang yang sangat outspoken, tapi sebaliknya dengan cukup lemah lembut dan tutur katanya ibarat angin berbisik. “Kalau di set saja saya kena cakap kuat-kuat, kalau hari-hari biasa, beginilah pertuturan saya,” jawabnya sambil menguntumkan senyum dan perlahan-lahan dia menghabiskan sarapannya. Tidak mustahil mengapa dia salah seorang bintang Gen Z yang kian menempa nama di pentas seni. Bermula di lapangan sosial sejak 2019, Rose tidak berlenggang, malah dia berlari sehingga hari ini. Cepat namanya naik, bikin jenama-jenama fesyen pun berburu untuk menyunting bunga ini.

See also
Most GLAM 2017, Meet Society's Most Glamorous Achievers, Nora Khalid Bersama 10 Lagi Jelitawan Berjaya

BERJINJINGKAN SEMANGAT DAN NASIB

Gadis berkelulusan Asasi Undang-Undang ini ternyata gemarkan cabaran. Sebaik tamat persekolahan, Rose terus mencari peluang pekerjaan bagi menampung dirinya serta keluarga. “Menjadi anak sulung dalam keluarga, saya merasakan ia bagai satu tanggungjawab untuk mencari duit hasil titik peluh sendiri. Lagipun saya gemar membeli belah jadi, bila mempunyai duit sendiri lebih mudah buat saya, tidak perlu meminta-minta,” jelas Rose.

sharifah rose

Baju dress Longchamp

Figura media sosial selalunya dilihat ‘bold’ dan penuh keyakinan, jadi membuat saya tertanya “Who is Rose in person?” Sambil tangannya ralit mengeluarkan kanta lekap mata berwarna hazel, dia sempat mengukir senyum malu, “I think I am quite an introvert, tapi selectively introvert, bermakna kalau saya selesa baru saya akan berborak lebih. Lambat panas kata orang, malah ada saja orang ingat saya tidak pandai berborak dan sombong. Socially awkward sebenarnya. Saya selalu akan observe dulu, bila rasa situasi itu dah ok baru saya ramah,” jelas Rose.

Setiap orang punyai titik permulaan buat kerjaya masing-masing, bagi Rose, semuanya bermula dengan ‘a bad tutorial video’ dengan passion yang berkobar-kobar. “Bila you post your first content di media sosial? Boleh dilihat mukanya seakan merah padam apabila saya mengacukan soalan ini, “Saya ada muat naik satu video di Youtube, it was 7 years ago, I was 18! It was a very bad video…, ia sebuah video hijab tutorial dengan lighting yang tak bagus langsung, tapi itulah we all have to start somewhere kan. Saya pula memang budak lagi waktu itu, baru saja habis SPM,” usai Rose, sambil tertunduk malu.

See also
Cenderamata Istimewa Royal Selangor

BACA Lanjut Dalam

Baca Lanjut dalam GLAM Jun/Julai 2023

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha; In Her Prime