UNIQLO AIRism, Defini Ikonik & Keselesaan Gaya Kini - Glam Malaysia

UNIQLO AIRism, Defini Ikonik & Keselesaan Gaya Kini

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Regangan yang sempurna, meneuteralkan bau dan selesa sentuh kulit, UNIQLO AIRism melintasi arus fesyen dengan teknologi yang berkualiti. 

Tidak dinafikan bahawa rakyat Malaysia sangat menggemari fesyen UNIQLO AIRism. Ia boleh dikatakan, setiap dari kita pasti akan sehenti di hadapan kedai UNIQLO untuk mendapatkan baju berkualiti tinggi, selain pemilihan seluar, T-shirt hingga kepada desain kasut. Sebut sahaja nama UNIQLO, satu cara yang mengekspresikan jenama ini ialah selesa, menyerap peluh, meneuteralkan bau dan rasa sejuk yang sensasi saat menyarung di badan.

Pemilihan yang pelbagai dari gaya hidup harian kepada LifeWear, UNIQLO menawarkan kualiti fabrik yang tiada tandinganya. Teknologi pembuatan dan tawaran sejenak pelbagai jenis ini melancarkan UNIQLO AIRism, segala-galanya tentang ikonik dan menyelesakan!

UNIQLO AIRism

Anda tidak akan salah dengan UNIQLO AIRism. Desain polos yang ringkas dan lengkap muat di badan ini antara pemakaian ideal yang pengarang EH! akan pilih dan bawa dimana sahaja. Mewakili tema fesyen LifeWear, koleksi ini diteknologikan untuk meminimumkan tekanan haba matahari (anti-peluh) dan memberikan rasa selesa pada kulit seperti sutera.

See also
Lima Perkara Tentang Koleksi UNIQLO U Musim Bunga 2023

Fabrik yang bernafas, ya itulah yang saya gambarkan saat memakai AIRism, ia mengawal suhu keadaan dan memastikan anda selesa sepanjang hari tanpa batasan. Lebih dari sekadar pakaian dalam, barisan koleksi ini meluasi sejenak rangkaian yang lain termasuk baju, seluar dan aksesori. Tidak hairanlah ia menjadi kegemaran orang ramai kerana teknologi yang mendasari bahan AIRism ini menawarkan kesan penyejukan yang lebih praktikal malah kualiti potongan yang terkini, terus menaikkan cita rasa almari pakaian anda.