Datin X: Hasad Dengki Dan Iri Hati Melarat Sampai Membinasa Diri - Glam Malaysia
Datin X: Hasad Dengki Dan Iri Hati Datin Melarat Hingga Membinasa Diri

Datin X: Hasad Dengki Dan Iri Hati Melarat Sampai Membinasa Diri

Ada sahaja tak kena di matanya. Yang tak elok dibesar- besar, yang elok habis digali hingga terkeluar isi yang tidak sepatutnya. Dengki dan iri hati betul si Didi tu…

Dalam perhubungan, baik yang ada kaitan darah atau hanya teman rapat pasti kita akan terjerempak dengan mereka yang suka berdengki. Adakala, ia bukan sahaja buat kita sakit kepala, malah turut sakit hati! Mereka ini perlu kesedaran atau sedikit ketenangan hidup agar tidak selalu masuk campur hal orang lain. Datin X percaya mereka pasti punya helah di sebalik perangai buruknya itu. Sama ada mahu anda jatuh lagi ditimpa tangga atau mahukan pangkat dan takhta yang anda ada menjadi miliknya.

Penyakit iri hati ini bakal menjadi perosak keperibadian diri jika tidak dicegah seawal yang mungkin. Ia boleh menyebabkan kekacauan fikiran dan yang pastinya buat seseorang hilang kawalan langsung terarah kepada kesihatan mental yang kurang baik. Semua orang boleh berkata sedaya upaya untuk menjatuhkan kewibawaan lawannya. Datin X hanya mahu mengingatkan, pokok pangkal hati sendiri dan semuanya berbalik kepada diri anda sendiri untuk menilainya. “If you want to improve your self-worth, stop giving other people the calculator.”

Didi (bukan nama sebenar) adalah individu yang terkenal dengan sikap ‘cakap lain, buat lain’. Sebelum buat, kecoh satu Malaysia dengan pelan hidupnya. Mahu menjadi yang ini dan itu, mahu buat ini dan itu, dapat sejumlah wang ini dan itu, kenal orang ini dan itu, dipuji oleh orang kenamaan ini dan itu. Namun, hakikatnya, kita semua tahu dia hanya mampu ‘wayang’ dan perkhabaran baharu darinya itu sungguh jauh dari realiti.

“If you want to improve your self-worth, stop giving other people the calculator.”

Apatah lagi jika ada projek teman- teman lain yang berjaya (atau yang kurang berjaya), nantikan kedatangan komennya bertalu-talu. Datin Sherry pernah menasihati Datin Lala agar tidak mengambil endah komen dari mulut Didi, “ Kalau you tak suka dengar komen si Didi tu, tutupkan saja ruang komen dan jangan angkat phone calls dia. Kalau dia suka DM you dekat Instagram dan cuba menjatuhkan kredibiliti you sebagai the brand owner, jauhkan diri you dari dia.”

See also
10 Selebriti Popular Ini Merupakan Peminat BTS

Pautan berkaitan: Datin X : Apalah Nasib Datin Bersuamikan Datuk Berperangai Si ‘Haji Bakhil’

Jauhkan diri kita dari mereka yang negatif dan penuh dengan sifat dengki. Datin X percaya, hasad dengki itu menghapuskan kebaikan dan berpeganglah kepada kata-kata positif agar ia dapat mengingatkan anda tentang keindahan hidup. Bak kata penulis Joanne Crisner Alcayaga, “The minute you think you have the right to belittle others because you think you’re better than them, is the same minute you’ve proven you’re worse.” Anda setuju?

Artikel sepenuhnya di dalam

atau

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa