Amalkan Tip Ini Untuk Elak Mulut Berbau Ketika Puasa - Glam Malaysia
Mulut berbau puasa

Amalkan Tip Ini Untuk Elak Mulut Berbau Ketika Puasa

Mulut berbau? Lumrah di bulan puasa, pasti perkara ini menjadi topik hangat menyelubungi diri masing-masing. Ayuh, GLAM kongsikan beberapa tip untuk elak perkara ini terjadi! 

Ini kerana seharian tidak makan dan minum, mulut menjadi kering kemudian mulalah berbau. Namun perkara ini adalah normal, akan tetapi risau kan jikalau ia mencetuskan rasa tidak selesa di kalangan orang sekeliling. 

Jika mulut di dalam keadaan kering, air liur juga akan berkurangan, maka kadar asid menjadi tinggi langsung memudahkan bakteria untuk membiak. Akan tetapi, mulut berbau ini boleh dielakkan dengan beberapa cara. Jom ikut tip GLAM untuk mengurangkan masalah ini.

Ikut Tip Ini Untuk Elak Mulut Berbau

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 Minum air putih dengan cukup

Sewaktu bersahur, seeloknya anda minum air putih dengan banyak. Bukan sekadar membuatkan tubuh badan kekal terhidrat, ia juga mampu mengurangkan masalah mulut kering. Air putih mampu membantu mengawal bau yang tidak dihendaki di dalam mulut, kerana ia boleh membasuh kotoran sisa makanan serta bakteria yang terdapat di dalam mulut. 

See also
Rahsia Kurus Adele