Dia Guild: Platform Fesyen Beretika Dan Karya Seni Mewah Asia Tenggara - Glam Malaysia
Dia Guild: Platform Fesyen Beretika Dan Karya Seni Mewah Asia Tenggara

Dia Guild: Platform Fesyen Beretika Dan Karya Seni Mewah Asia Tenggara

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jelajah dan beli-belah pelbagai fesyen dan karya seni mewah terpilih dari Asia Tenggara, yang memberikan konsep estetik, sustainability dan budaya pada masa yang sama!

Dia Guild merupakan platform dimana anda boleh temui serta miliki daripada pelbagai jenis jenama tentang fesyen dan karya seni mewah dari Asia Tenggara. Ditubuhkan oleh tiga sekawan dari Malaysia pada tahun 2020, platform ini menyasarkan untuk membangunkan karya-karya dari Asia Tenggara untuk pengiktirafan global yang sepatutnya. Dengan 23 jenama sebagai rakan kongsi, Dia Guild juga bukan sahaja platform untuk membeli-belah semata-mata, tetapi anda turut boleh pelajari lebih lanjut tentang budaya dan etika dari setiap jenama dalam fesyen dan karya tersebut.

Jom lihat apa yang ada di Dia Guild!

1. Tenun Clutch oleh PINK JAMBU

Dia Guild: Platform Fesyen Beretika Dan Karya Seni Mewah Asia Tenggara

Foto: Dia Guild

Beg tangan anggun ini atau lebih popular dipanggil sebagai ‘clutch’, merupakan buatan tangan yang menggunakan Tenun sutera Pahang, Malaysia. Tekstil clutch ini sangat berharga kerana ianya mengambil masa yang sangat lama untuk ditenun dengan tangan. Tenun yang digunakan untuk setiap kepingan juga turut diluluskan oleh Raja Permaisuri Agong Malaysia, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Walaupun hasil buatan tangan, ianya tetap memberikan konsep yang moden dengan pilihan warna-warna yang sejuk ketika memakainya!

See also
5 Jenama Fesyen Lokal Dengan Konsep 'Sustainability'