Merlissa Zainal: Face Of Beauty
Merlissa Zainal

Merlissa Zainal: Face of Beauty

Kejelitaan merlissa zainal mungkin satu dalam sejuta, apatah lagi ditambah dengan keunikan rambut yang dimilikinya.

Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) menjadi ruang untuk dia kembali di persada dunia fesyen. Sekian lama menyepi, dia merantau ke Bali dan menetap di situ sepanjang tempoh Covid-19 melanda. Pereka fesyen dan kumpulan pembantunya sedang menyiapkan model model. Masing-masing sudah siap berdandan dan lengkap menyarung busana. Itu sudah kebiasaan. Begitulah suasana di belakang tabir sesebuah pertunjukan fesyen. Keadaan jadi runcing di saat akhir sebelum barisan model melangkah ke pentas peragaan. Saat pengacara membuat pengumuman, ruang pentas meriah dengan limpahan lampu. Dan, muzik pun bergema. Model-model mula mengambil tempat. Kelihatan jurugambar dan juruvideo sudah bersiap sedia mahu merakam pesta fesyen. Merlissa Zainal menyendiri di tempatnya.

Baju Hermes dan barang kemas Tiffany & co.

Dia menunggu giliran dipanggil. Walaupun dia seorang model senior, diri terasa begitu asing. Ketika itu teringat kenangan lampau di lapangan sama. Saat dia baru memulakan kerjaya sebagai seorang model. Suasana di belakang pentas jauh berbeza. Kemesraan lebih terserlah. Mereka malah saling membantu. “Merlissa!” tersentak dia dari mengimbau kenangan lalu sebaik namanya diseru. Dia melihat kerlingan anak-anak muda. Wajah-wajah baru di arena pentas peragaan. Mereka bukan sombong, mungkin tidak semesra model yang dulu-dulu. Betapa waktu berlari begitu pantas. Rata-rata individu hari ini lebih mesra media sosial, mungkin. Anak muda masa kini hanya berinteraksi di dalam dunia maya. Hakikat ketika bersemuka, mereka lebih malu secara peribadi.

Baju Hermes dan barang kemas Tiffany & co.

“Aneh bukan? Saya rindu masa lalu. Dahulu, kami banyak keluar bersama-sama. Model-model era saya dahulu lebih ramah. Kami menyapa semua orang. Juga rajin bertanya itu dan ini. Model senior pula tidak lokek berkongsi tip,” ujarnya membuka perbualan hari itu. Orangnya is supernaturally photogenic. Penampilan paling ringkas, eklektik, namun kekal bergaya. Asalnya, Merlissa Zainal bukan bercita-cita mahu menjadi seorang model. Bertubuh langsing dengan ketinggian 170cm, bukan ketinggian model namun ramai yang menyuruhnya menjadi peragawati. Namun dia tidak pernah berminat. Sehingga suatu hari, dia sedang berjalan-jalan di pusat membeli belah. Ketika itulah Merlissa dilamar untuk menyertai Elite Look of The Year Malaysia pada 1994. Merlissa menang merebut tempat pertama pada tahun itu dan mewakili Malaysia bertanding di peringkat antarabangsa. Ketika itu Gisele Bündchen adalah salah seorang peserta akhir.

Merlissa Zainal

Baju Hermes dan barang kemas Tiffany & co.

Di usia 16 tahun, Merlissa mengembara ke luar negara bagi membanggakan Malaysia. Dia mendapat tempat ke sembilan belas daripada enam puluh sembilan peserta keseluruhannya. Tempat yang agak baik. “Saya berpeluang bertemu Linda Evangelista dan ramai lagi. Sebagai model di bawah agensi Elite, mereka hadir untuk memberi sokongan. Ketika itu ada penggambaran untuk kempen projek Elite Look of The Year.” Menyertai pertandingan Elite Look of The Year adalah pengalaman paling berharga buat Merlissa. Dia lantas terjatuh hati dengan pentas peragaan dan tidak berpaling lagi. Dunia peragaan adalah kerjaya tetapnya selepas itu. Walaupun dia juga membantu keluarga, setiap tawaran kerja tidak dilepaskan.

See also
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggugah Keaslian

Baca lanjut dalam GLAM April isu.

Artikel Berkaitan: Mimpikita Kini Bukan Lagi Sekadar “Mimpi”