Bunga Orkid Ramuan Rahsia Kecantikan Abadi - Glam Malaysia

Bunga Orkid Ramuan Rahsia Kecantikan Abadi

Serum mewah terkini daripada Guerlain Paris, mempertaruhkan kuasa bunga orkid sebagai ramuan rahsia dalam memberi hasil kulit lebih muda dan berseri serta menentang hebat punca kulit cepat menua. 

Sejenak Bersama Frédéric BONTE, Pengarah Saintifik Komunikasi Guerlain.

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

orkid

1. Bolehkah anda kongsikan bersama kami tentang produk terkini, Orchidée Impérial Micro-lift Concentrate, dan apakah yang anda sukakan tentang produk ini secara peribadi?

Saya sukakan produk ini kerana ia adalah inovasi sebenar yang tampil penuh cabaran tatkala kami menghasilkannya. Cabaran paling utama sekali ialah bagaimana kami mahu mencapai fungsi aksi lifting tiga kali ganda serta kuasa penjanaan semula untuk serum ini. Di dalam produk baharu ini, ia memerlukan banyak proses uji kaji daripada segi formula. Namun pada masa yang sama, ia juga merupakan strategi baru jurutera kami dalam menggabungkan tiga fasa yang terkandung di dalam produk ini. Cabaran kami adalah untuk bertindak serentak pada tiga dimensi tersebut buat satu produk. Inovasi telah dijayakan oleh proses mikrobendalir generasi terkini. Ia sebenarnya adalah teknologi mikro tri-tumpu.

See also
Mekar Wajah Muda Bersama Clarins Precious

2. Apakah jenis kulit yang sesuai untuk menggunakan Orchidée Micro-lift Concentrated?

Ini adalah serum tiga kali ganda yang ditujukan kepada wanita yang mengalami tanda-tanda awal penuaan. Konsep kulit berdaya tahan lama yang telah dicipta oleh Guerlain ini adalah berdasarkan teknologi yang telah dinaik taraf seiring dengan setiap jenis kulit setiap wanita yang mahukan fungsi kulit muda.