5 Gaya Cantik Diana Danielle Menjadi Pilihan GLAM - Glam Malaysia

5 Gaya Cantik Diana Danielle Menjadi Pilihan GLAM

Diana Danielle, pelakon juga penyanyi, yang baru-baru ini namanya menjadi bualan ramai menerusi kejayaan terkini dia di dalam filem Imaginur. 

Wanita hebat yang sering memperkasakan wanita sekeliling adalah idola GLAM. Seperti Diana Danielle yang semua orang kenali baik di hadapan atau di balik lensa kamera, dia merupakan wanita yang cukup disenangi ramai. Peramah serta ikhlas menyapa semua, kami amat sukakan personaliti wanita ini. 

Kami juga sudah menonton Imaginur filem terbaru lakonan Diana Danielle yang telah mencecah 6 juta jumlah kutipan di panggung wayang. Ternyata ini amat membanggakan industri seni lokal dan buat anda yang belum menonton, sila tonton dengan segera di panggung berdekatan. Kami pasti anda tidak akan kecewa kerana jalan ceritanya yang pada kami cukup hebat juga gandingan Diana dan Beto Kusyairi yang mantap. 

Melihatkan gaya Diana yang sangat manis, kami terpanggil untuk mengumpulkan 5 gaya cantik Diana Danielle yang menjadi pilihan kami. Sesungguhnya dalam apa jua solekan digayakan wanita ini, dia sentiasa tampil anggun, manis dan berkeyakinan langsung menjadikan inspirasi kepada ramai wanita di luar sana.

See also
Jennifer Lopez Berkongsi Rahsia Kecantikan Tubuh Dengan Pelancaran JLo Body

5 Gaya Cantik Diana Danielle Pilihan GLAM

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 Bangs

Jarang melihat Diana tampil mengenakan gaya rambut bangs. Namun sekali dia menggayakannya, mata terus terpukau, bagai melihat sisi Diana yang lain! GLAM gemarkan gaya rambut sebegini, tampak fun dan manis pada Diana.

Diana Danielle