Sejenak Bersama Pempengaruh Digital, Khainina Khalil - Glam Malaysia
Khainina Khalil

Sejenak Bersama Pempengaruh Digital, Khainina Khalil

Popular dikalangan pencinta media sosial. Jika anda peminat kecantikan, anda pasti akan terlihat Khainina Khalil menghiasi laluan #foryoupage anda di TikTok. Bijak bergaya malah dia sering berkongsi pelbagai tip berguna terutama sekali tentang solekan dan haruman. 

Khainina Khalil, seorang pempengaruh digital yang memiliki aesthetic nya yang tersendiri. Ramai yang terinspirasi dengan wanita ini. Bukan sahaja dalam penyampaian tip hebatnya tentang dunia kecantikan, malah tip bergaya dalam memperaga fesyen dan bermacam lagi menjadi taruhan wanita ini dalam mempengaruhi peminatnya di luar sana. Khainina Khalil adalah definisi pempengaruh digital generasi Z yang patut anda kenali!

Kenali Khainina Khalil

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Khainina Khalil

1- Boleh kongsikan tentang rutin penjagaan wajah terkini anda? Pagi dan malam.

Rutin penjagaan wajah saya pada waktu ini lebih fokus kepada treatment. Ini kerana, wajah saya jenis sensitif dan bermasalah. Jadi, waktu siang saya akan membersih seperti biasa dan hanya menyarung pelembap. Pada sebelah malam, saya menggunakan beberapa produk untuk treatment seperti pupur sulfur, exfoliator serum, dan pelembap.

See also
Pengalaman Cantik Bersama GLAM Beauty Club X Sephora

2- Siapakah inspirasi dan idola anda di dalam dunia kecantikan? 

Saya tidak memiliki idola yang tertentu, namun inspirasi saya ialah semua wanita-wanita cantik yang dilihat di media sosial. Namun, saya suka melihat cara mereka bergambar, bergaya dan bersolek.