Runway-Ready Skin Bersama Sunday Riley di NYFW A/W23 - Glam Malaysia

Runway-Ready Skin Bersama Sunday Riley di NYFW A/W23

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kulit lebih bersinar sihat bersama barisan lengkap produk penjagaan wajah Sunday Riley.

Sunday Riley Backstage Dion Lee

Wajah model dirapikan bersama barisan penjagaan kulit Sunday Riley.

Minggu Fesyen New York untuk musim luruh 2023 baru sahaja melabuhkan tirainya. Tahun ini dalam misi mencipta persiapan yang rapi, Sunday Riley bekerjasama bersama beberapa jenama fesyen terkemuka sebagai rakan kongsi untuk penjagaan wajah eksklusif. Antara jenama yang menggunakan rangkaian Sunday Riley seperti Dion Lee, Alicia + Olivia, Pat Bo dan Eckhaus Latta.

Dion Lee

Dalam misi Get Runway-Ready Skin, Sunday Riley memilih produk terlaris untuk digunakan sebagai prepping di belakang pentas. Setiap wajah model dilakukan rutin ringkas dalam memastikan kulit mereka sentiasa segar dan bersinar.

Sunday Riley NYFW

Ini adalah rutin ringkas yang direka khas sebagai persediaan awal sebelum wajah disolek.

Bersihkan wajah dengan Ceramic Slip

Sebelum memulakan rutin, wajah dibersihkan menggunakan Ceramic Slip dan diurut secara perlahan-lahan sehingga menyerap ke dalam kulit. Urutan ini akan membuang kotoran, minyak, pencemaran, SPF dan mekap hanya dengan sekali bilasan.

See also
Penyamaran Justin Bieber di Amsterdam Gagal

Ceramic Slip