Ini 5 Pasangan Selebriti Malaysia Paling Romantik Pilihan GLAM - Glam Malaysia
Pasangan Selebriti Malaysia

Ini 5 Pasangan Selebriti Malaysia Paling Romantik Pilihan GLAM

Masih dalam mood hangat bercinta sempena bulan Februari ini, GLAM senaraikan 5 pasangan selebriti Malaysia paling romantik perlu anda ketahui.

Walau dunia rumah tangga hari ini banyak yang kita dengar asyik diduga dengan ujian, namun masih ada pasangan yang kita lihat meniti kebahagiaan. Yang diduga itu tandanya Allah sayang, bukalah mata dan selesaikan bersama-sama mengikut jalan yang menuju kebaikan. Pasti ada hikmah disebalik desakan. 

Namun, buat yang masih menjalani kehidupan rumah tangga penuh romantis walau bertahun hidup bersama, GLAM doakan anda semua terus kekal bahagia hingga bila-bila. Sempena bulan romantik ini, kami ingin berkongsikan pasangan selebriti Malaysia paling romantis pilihan GLAM. Ayuh kenali serba-sedikit tentang pasangan ini.

5 Pasangan Selebriti Malaysia Paling Romantik!

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 Diana Danielle dan Farid Kamil

Pasangan manis ini berkahwin pada 3 November 2012. Mereka kini hidup bahagia dengan kehadiran Muhammad dan Nur Aurora. Menurut Diana yang pernah berkongsi dengan Harian Metro sebelum ini, dia mengakui bukan mudah untuk pasangan suami isteri mempertahankan rumah tangga yang dibina. Lebih lagi buat pasangan yang sudah 10 tahun berkahwin ini. Katanya lagi, jika keluarga dilanda dugaan, haruslah banyak bermuhasabah diri dan menjaga aib sesama sendiri demi keluarga. 

See also
Adele Dedah Impak Perceraian Terhadap Kesihatan Mentalnya

Pasangan Selebriti Malaysia