Ini 3 Koleksi Jam Tangan Unik Milik Rihanna
Ini 3 Koleksi Jam Tangan Unik Milik Rihanna

Ini 3 Koleksi Jam Tangan Unik Milik Rihanna

Super Bowl adalah kejohanan tahunan sukan bola sepak Amerika anjuran National Football League (NFL). Secara tidak langsung, menjadikannya sebagai agenda sukan terbesar di Amerika selain mempertontonkan persembahan rehat separuh masa yang ditunggu satu dunia saban tahun.

Robyn Rihanna Fenty, atau Rihanna, mengesahkan penampilannya mengetuai persembahan separuh masa di Super Bowl edisi LVII.

pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM foto GETTY IMAGES & RIHANNA@badgalriri

Ini 3 Koleksi Jam Tangan Unik Milik Rihanna

Dijadualkan berlangsung pada 12 Februari di Stadium State Farm Di Glendale, Arizona; pelantun lagu Diamonds yang juga bakal memasuki usia 35 tahun pada bulan yang sama itu dilihat memuat naik teaser dengan memegang bola pada hujung September lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by badgalriri (@badgalriri)

Langsung, seluruh warga Instagram menggila memandangkan mogul hiburan, fesyen serta kecantikan ini berehat selama lebih lima tahun daripada membuat persembahan bagi memperkukuhkan legasi kosmetik Fenty Beauty; serta produk penjagaan wajahnya Fenty Skin. Di samping, mengepalai pementasan ceraian pakaian dalam Savage X Fenty yang komited kepada konsep keterangkuman dan kepelbagaian diperkenalkan sejak tahun 2019.

See also
Terapi Kediaman - 11 Lilin Beraroma Rawat Minda & Jiwa

Bakal tampil dengan persembahan yang luar biasa, itu sudah pasti! Kita turut sama dapat menjangkakan ceraian persalinan epik yang bakal disarungkan oleh Rihanna. Dari dandanan sehingga kepada sepatu yang disarungkan olehnya, tidak sangsi lagi mengapa dirinya menjadi inspirasi selautan gadis di luar sana.

Tambah lagi, dia bijak memadukan aksesori; termasuk jam tangan unik melingkari pergelangan tangan dalam melengkapi gayanya yang unggul. Seperti kebanyakan selebriti, koleksi jam tangan Rihanna terbentuk dari kolaborasinya sebagai duta jenama. Sebagai contoh, kolaborasinya bersama rumah arloji ilham jauhari Piaget. Pun begitu, dia arif menemukan arloji yang setanding dalam mengimbagi pesona dirinya.

Patek Philippe Nautilus Flyback Chronograph

Ini 3 Koleksi Jam Tangan Unik Milik Rihanna

Sekiranya bergelar selebriti, terdapat stereotaip yang terungkap dalam memiliki seutas arloji Nautilus daripada Patek Philippe. Rihanna tidak terkecuali. Dia sering dilihat memakai Nautilus Chronograph Flyback dalam emas merah. Arloji ikonik ciptaan Gérald Genta ini adalah yang paling diidamkan para pemuja lapangan horologi sedunia yang turut tampil setanding dengan tanda harganya yang melambung meninggi.

See also
Perhiasan Kepala Trend Met Gala 2015

Chopard Happy Sport

Chopard Happy Sport diperbuat daripada emas putih terlihat menghiasi pergelangan tangannya. Jam tangan ini tersedia dengan atau tanpa sebarang butiran berlian. Malah ditawar dalam versi dengan rincian berlian individu yang tersisip secara ‘terapung’ dalam laman dailnya. Rihanna memilih arloji versi jauhari Chopard Happy Sport yang bertatahkan butiran berlian pada segenap rangka jamnya.

Rolex King Midas ‘Patcharavipa’

Arloji vintaj Rolex King Midas ini adalah salah satu karya arloji paling epik membarisi koleksi unggul jam tangan Rihanna. King Midas muncul dalam katalog Rolex seawal tahun 1962, namun yang dilihat menghiasi pergelangan tangan penyanyi R&B ini adalah versi tempahan khas.

Saat Rihanna menyarungkan kot puffer merah jambu bagi mendedahkan kehamilannya pada umum; tersisip sama jam tangan ikonik Rolex King Midas yang mendapat sentuhan tukang emas terkenal Patcharavipa Bodiratnangkura.

Berasal dari Bangkok, Patcharavipa terkenal dengan kemahiran ketukangannya dalam memperincikan jam tangan sambil mengekalkan nilai artistik yang berselubung reka bentuknya. Diperbuat daripada emas kuning 18k dengan hiasan unik pada sarung juga memenuhi tali gelang, menjadikannya one-of-a-kind hanya buat Rihanna.

See also
Diari Deko - Raikan Syawal dengan Pesona Maghribi

Pautan berkaitan: Rihanna Berkongsi Wajah Anak Sulung Buat Kali Pertama