Use your ← → (arrow) keys to browse
Dua dekad berbakti sebagai wakil khas Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), Angelina Jolie menamatkan perkhidmatannya menerusi satu kenyataan beberapa hari lalu.
Angelina memaklumkan dia mahu membawa haluan sendiri dan berundur daripada peranan yang dijayakannya sejak 2001, yang telah membawanya melawat berpuluh-puluh kawasan dilanda bencana dan perang dalam misi kemanusiannya.
Apa yang diinginkannya kini adalah memberi bantuan kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal dan pasukan kemanusiaan tempatan secara langsung.