Ini 4 Interpretasi Rasa Libur Sebenar - Glam Malaysia
Ini 4 Interpretasi Rasa Libur Sebenar

Ini 4 Interpretasi Rasa Libur Sebenar

Mencerminkan semangat ibu kota Thailand yang tidak dapat disangkal, kata ajaib “Anything but Standard” kini berlabuh di Bangkok! Lokasi libur sebenar yang diterjemahkan kepada keunikan rasa, menu unik di enam ruang makanan dan minuman juga lokasi memecahkan gaya hidup lama kepada yang baru.

Lihat sahaja pada logo yang unik (terbalik), sudah boleh kita jangka ia satu jenama lain dari yang lain! Apatah lagi kala menyebut namanya, anda pasti dapat membayangkan keunikan lokasi percutian yang stylish dan penuh warna kontra ini. Diperkenalkan pada mulanya di Hollywood, The Standard kini telah menembusi lokasi di seluruh dunia termasuk di New York, Miami, London, Maldives dan Hua Hin, Ibiza dan jenama utama Asia, The Standard, Bangkok Mahanakhon. Khabarnya Hotel Standard di Lisbon, Milan, Melbourne, Singapura, Dublin dan Brussels sedang dibangunkan ketika ini!

GLAM sudah lama mengagumi perintis jenama penghotelan yang kian mendapat kunjungan tetamu bercitarasa tinggi ini. The Standard mengambil berat gaya estetik dan menyampaikan pengalaman yang hanya ada di The Standard Hotels. Bukan itu sahaja, kepekaan mereka berjaya mengabungkan ketelitian reka bentuk dan butiran perkhidmatan menaikkan lagi reputasinya sebagai perintis dalam bidang perhotelan, pengembaraan, masakan juga tawaran acara malam yang cukup luar biasa!

See also
Golden Globes 2021: Senarai Pemenang & Kontroversi HFPA

Ini 4 Interpretasi Rasa Libur Sebenar 1Sebaik menerima berita pembukaan The Standard, Bangkok Mahanakhon Ogos lalu, kami di GLAM turut teruja kerana ia berada semakin hampir dan berharap ia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Dengan kehadiran 155 bilik dan suite serta lokasinya yang bertempat di pusat bandar Bangkok, tempat penginapan ini menawarkan percutian yang sempurna ke Old Town, di mana pelbagai tarikan kebudayaan dan pemandangan seni yang dinamik menanti tetamunya! Lebih menarik, The Standard, Bangkok memanfaatkan seni bina bangunan ikonik King Power Mahanakhon langsung membawa gabungan budaya, reka bentuk, hiburan dan hospitaliti signature jenama itu ke Thailand.

Rasa libur sebenar pada pandangan GLAM adalah…

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sentuhan Berseni

Ini 4 Interpretasi Rasa Libur Sebenar 11 (2)The Standard, Bangkok Mahanakhon menjemput komuniti tempatan bertemu dan bersantai sambil berlatar belakangkan pemandangan kreatif Bangkok yang bertenaga. Anda juga dapat melihat sendiri karya Marc Quinn dari koleksi peribadi King Power yakni “Flood Plain of the Tributaries of the Orinocco” yang memberi percikan warna dan personaliti di kaunter sebaik sahaja anda melangkah masuk.

See also
Remy Ishak Teruja Bakal Dikurnia Cahaya Mata Pertama

Kala melewati koridor menuju ke lif, arca Joan Miro asli yang menakjubkan di The Parlour turut mencuri perhatian GLAM. Manakala di lobi pula, tetamu disambut dengan lampu rotan buatan tangan tempatan dimeriahkan lagi dengan objek berseni yang dipamerkan di The Shop, semuanya dari karya artis tempatan dan rakan usaha sama The Standard.

Melihat kepada keunikkan dekorasi di hotel ini barulah GLAM mengerti alasan Verena Haller (Ketua Pegawai Reka Bentuk) memilih sendiri barangan antik sekaligus mengetengahkan reka bentuk perabot bersumber tempatan.