Use your ← → (arrow) keys to browse
Kontroversi melibatkan pasangan Sussex dan kerabat Diraja Britain dilihat berterusan walaupun selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Baru-baru ini pengarang biografi, Tom Bower memaklumkan dalam satu temu bual eksklusif bahawa dia benar-benar percaya tujuan Putera Harry dan Meghan Markle berkongsi potret terbaharu mereka untuk memalukan keluarga Diraja.
“Itulah tujuannya, untuk kembali ke landasan dan membina ‘jenama’ Meghan, begitu juga dengan memoir, siri Netflix dan podcast mereka.
“Semuanya disebabkan wang. Dan mereka mempunyai kelebihan sekarang ini, kedua-duanya menjadi perhatian umum selama lebih tujuh hari sewaktu upacara pemakaman (Ratu Elizabeth II). Setiap hari kelibat mereka dirakam lensa kamera,” ujarnya.