Use your ← → (arrow) keys to browse
Menggayakan gaun elegan nan mewah sudah semestinya menjadi idaman ramai wanita di hari ijab kabul. GLAM titipkan senarai gaun nikah yang digayakan oleh selebriti tempatan tahun lalu (2021) buat inspirasi untuk bakal pengantin tahun ini!
Menjadi raja sehari adalah sesuatu yang dinanti-nanti oleh semua manusia. Apatah lagi buat kaum hawa kerana keinginan untuk bergaya bak permaisuri di hari bahagia adalah sangat menebal. Gaun nikah juga sama penting dengan gaun resepsi! Oleh sebab itu, kebanyakkan selebriti mendapatkan sentuhan pereka-pereka fesyen yang terkenal agar mereka tampak seperti bidadari di hari yang paling bermakna buat mereka. GLAM membariskan 7 selebriti bersama gaun rekaan pereka fesyen kegemaran mereka. Semak di sebelah.