Kilauan Permata Mahakarya Alam - Glam Malaysia
Kilauan Permata Mahakarya Alam 05

Kilauan Permata Mahakarya Alam

SAAT MUSIM BUNGA MENERPA, SEKALIAN ALAM SEMULA JADI MUNCULMENGHAMPARKAN KEINDAHAN YANG LIAR MEKAR DISIMBAHI SURIA MENTARI. BAHKAN BUKAN SAHAJA ALAM, BUMI TURUT MEMANCARKAN FENOMENA ALAM TATKALA MENGORBIT MATAHARI. DEMIKIAN, PARA TUKANG JAUHARI MENJUNJUNG INSPIRASI DALAM MELESTARIKAN HIMPUNAN BARANGAN KEMAS HIGH JEWELLERY-NYA YANG HADIR MEMBIAS SPEKTRUM ALAM INDAH TERPERINCI.

pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM gambar BULGARI, CARTIER, TIFFANY & CO DAN PIAGET

Kilauan Permata Mahakarya Alam 01Bulgari
Kalung Eden Enchantment memancarkan spirit inovatif Bulgari di dalam mempersembahkan himpunan high jewellery yang menawan. Susuk konstruksinya diinspirasikan oleh rantai Bulgari dari tahun 1930-an, menampilkan struktur berangkai yang diimbangi dengan set berlian yang tebal di bahagian belakang. Tambahan, ia diserlahkan dengan butiran batu akuamarin, turmalin dan kecubung bagi mendasari nuasa serta spektrum rona laut mediterranean nan mempesona.

Kilauan Permata Mahakarya Alam 02

Piaget

Extraordinary Lights kreasi Piaget mempertontonkan keindahan fenomena cahaya langit di malam hari sebagai sumber inspirasi di dalam mengolahkan koleksi high jewellery terbarunya. Rantai Gloaming Illuminations tampil diperbuat emas putih 18K lalu dihiasi 27 butir batu nilam potongan zamrud dari rona merah jambu serta ungu sekitar 47.93 jumlah karat. Ciptaan unik ini turut diselangi perincian butiran intan potongan brilliant, princess dan pear.

Kilauan Permata Mahakarya Alam 04

Cartier

See also
Magnifica Collection Berekaan Kompleks, Berbatu Indah

Bersandarkan kepada keindahan ketukangan perhiasan barang kemas tradisional mesoamerika, Cartier mempersembahkan rantai Rituel yang membarisi himpunan high jewellery terbaru Beautés du Monde. Menjalinkan dua deretan batu kalsedoni rona biru, konstruksi rekaannya turut memancarkan kilauan konstelasi batu delima. Diperbuat dari emas putih, Cartier mengolahkan efek simetri dan paralelisme; memberikan ritma buat komposisi corak antara butiran berlian dan batu delima yang dilihat seolah bergantungan tanpa sebarang pautan di antaranya.

Kilauan Permata Mahakarya Alam 03

Tiffany & Co.

Botanica: Blue Book 2022 menghargai keanggunan motif flora nan abadi. Dibarisi butiran batu Beryl rona kuning bersama batu firus, kalung Schlumberger™ ‘Hedges and Rows’ tampil melengkapi koleksi himpunan high jewellery terkini Tiffany & Co. Digarap daripada platinum dan emas kuning 18K, susuk rekaannya meninjau semula motif botani warisan Tiffany. Sekali gus, ia menterjemahkan kembali desain kontemporari berbalas kombinasi butiran batu permata yang tak terjangkau imaginasi.

Pautan berkaitan: OMEGA Menyanjung 20 Wanita Malaysia – Berkongsi Suara serta Pilihan Mereka