An Affair with Timekeepers - Glam Malaysia
An Affair with Timekeepers 01

An Affair with Timekeepers

Aksesori dan jam tangan memainkan peranan penting dalam melengkapkan persalinan, bahkan dijunjung bak peneman setia bagi kedua personaliti ini. GLAM membawakan an Affair with Timekeepers yang dibintangi Nazreem Musa & Sarah Shahdan. Lantas, membicarakan soal masa.

pengarang arloji ZUHAIRIE SAHROM penata gaya MUZAMMIN MUZLAN arahan seni AMIRUL ARIFIN gambar EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO solekan SAHIR SABRI dandanan MIEDY DANIEL

An Affair with Timekeepers 03

Jaket & celana cetak, Moschino. Kedua-dua jam tangan Tank Must Watch bertali kulit konstruksi keluli berkuasa kuarza. Gelang dan cincin emas putih Juste un Clou. Cincin Panthère de Cartier emas kuning. Kesemuanya ilham Cartier.

NAZREEM MUSA, 33, PENGARAH URUSAN POINTRAY (M) SDN BHD & DIGITAL CREATOR

Bagaimana anda menghuraikan masa?

Masaadalah satu-satunya perkara yang terus beranjak ke hadapan tanpa henti. Tambah lagi, ianya berlalu dengan cepat seiring usia anda juga! Maka, jangan berlengah-lengah. So procrastinating is never a good idea.

Memori terindah mengenai masa?

Saat menyambut kelahiran anak saudara saya. Saya rasa seperti masa berlalu begitu cepat melihatkan mereka kini makin meningkat usia. It’s almost a reality check.

Jika diberi peluang mengundur masa, apakah nasihat yang bakal diberikan waktu usia muda dahulu?

To stop procrastinating. Juga berharap saya dapat melangsaikan atau melakukan lebih banyak perkara lagi kala usia di awal 20-an. Walau bagaimanapun, saya masih tidak akan mengeluh kerana saya beruntung kerana berpunya waktu yang menggembirakan saat membesar.

See also
Samsung Galaxy Watch7 & Galaxy Watch Ultra Miliki Pelbagai Aplikasi Hebat!

Perasan kala memiliki jam tangan mekanikal pertama anda?

Jam tangan mekanikal pertama saya adalah pemberian ibu tatkala usia beranjak memasuki 16 tahun. Ianya adalah seutas jam tangan TAG Heuer yang bersusuk gaya ringkas, dilengkapi sama komplikasi kronograf. Sebenarnya kebanyakan jam tangan dalam koleksi saya adalah pemberian dari orang tersayang. Saya hanya membeli jam tangan buat pertama kali sewaktu berliburan di Eropah dua tahun yang lalu. I was never really a watch kind of person kerana saya lebih suka mengumpul kasut dan beg tangan. Walau bagaimanapun, kasih terhadap instrumen masa ini kian bercambah setelah menekuni lebih mendalam mengenai lapangan horologi.

Bucket list?

A customised Audemars Piguet by MAD Paris and Casablanca. Gabungan pallet ronanya mendakap karakter serta gaya saya. Tambah lagi, sebagai pendamping ianya pasti dapat menyenangkan hari-hari saat melangkah keluar dari pandemik ini.

Jam tangan yang baru ditambah dalam koleksi?

It was the one that I bought for the first time in Europe, a Patek Philippe.

Huraikan seutas jam tangan serta aksesori yang ideal?

Pilihan gaya saya bervariasi dari masa ke semasa. Sukar untuk saya pilih yang spesifik untuk digayakan di dalam setiap kesempatan. Yang pasti, konsep yang saya pegang adalah dengan memakai jam konstruksi keluli dan seramik pada siang hari. Kemudian, bertukar mengenakan jam bertali kulit bila berlabuhnya mentari.

See also
Lima Idea Hadiah Dari BULGARI Buat Yang Terkasih

Komplikasi mana yang mana menjadi pilihan?

The grander the better. Jam tangan berfungsi Perpetual Calendar adalah vital kerana ia versatil. Komplikasi Tourbillon pula menjunjung ketukangan seni horologi tertinggi. It’s a work of art, sangat menarik untuk berlabuh mata menghargai setiap komponennya.

An Affair with Timekeepers 04

Jaket denim, Dior. Coker Monete emas merah 18k berhias syiling antik dan berlian dari himpunan High-Jewellery Bvlgari. Anting-anting berlian Serpenti Viper kreasi Bvlgari. Cincin berlian milik Sarah.

SARAH SHAHDAN, 43, PENGASAS MARCELLA & CO

Bagaimana anda menguraikan masa?

Masa sangat berharga. Ia merangkumi satu proses. Masa yang lepas takkan kembali, maka luangkan masa yang ada dengan sebaiknya. Invest your time in the present for the future, kerana ia satu-satunya perkara yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Definisi percutian?

Holidays are about disconnecting from the world and reconnecting with the people I love the most. Setiap kali berpunya kesempatan untuk berwisata, saya bakal meluangkan ruang masa dengan merencanakan aktiviti bersama keluarga; terutamanya bersama anak perempuan saya.

Memori terindah mengenai masa?

Melihat anak perempuan saya membesar yang kini sudah memasuki usia remajanya. Memang benar apa yang orang katakan mengenai parenthood — the nights are long, but the years are short. Di satu sudut, saya sangat bangga melihat dia membesar menjadi wanita, manis sekali penceritaannya. Namun, di sisi lainnya, seiring masa berlalu; dia bakal berdikari lalu tidak memerlukan ibunya seperti waktu lalu. Itulah kenangan pahit manisnya bergelar ibu. Buat masa ini, saya senang hati menikmati ruang masa bersamanya sambil menantikan pencapaian yang bakal dirangkulnya kelak pada tahun-tahun yang mendatang.

See also
27 Club: Bintang Terkenal Yang Mati Pada Usia 27

Jika diberi peluang mengundur masa, apakah nasihat yang bakal diberikan waktu usia muda dahulu?

Live life one day at a time. Don’t sweat the small stuff because things will always fall into place.

Huraikan seutas jam tangan serta aksesori yang ideal?

Rolex Daytona untuk pemakaian harian kerana gayanya yang bernada sporty. I love stacking pieces of jewellery instead of wearing anything too chunky. Begitulah cara saya mengolah gaya dan bermain bersama aksesori, by stacking and layering them. Baik cincin, gelang serta rantai leher.

Bucket list?

Skydiving, ziplining di Dubai, cage dive bersama jerung Great White di Afrika Selatan serta menikmati indahnya pemandangan langit Aurora Borealis.

Jam tangan yang baru ditambah dalam koleksi?

Sudah tentunya, arloji Nautilus 5980/1R kreasi Patek Philippe yang memerlukan saya pergi ke Switzerland untuk melangkau senarai menunggu! Haha. Terdapat juga jam digital Garmin yang saya pakai bagi mengesan aktiviti harian serta mengikuti perkembangan kecergasan. Seperti waktu berlari, sesi muay thai dan latihan kecergasan lainnya.

Apa yang paling anda bimbangkan anda?

Sudah tentu apa jua yang terkait dengan masa hadapan! As much as people say that you should let tomorrow worry about itself, let’s be real. Memikirkan serta merancang perencaan masa depan itu juga penting.

Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Tyra Kamaruzzaman