Louis Vuitton Twist-bersama Wajah Semasa, HoYeon Jung
DALAM KEMPEN TWIST TERBAHARU LOUIS VUITTON, HOYEON JUNG MENDEKATI DAN TAMPIL PERSONAL DENGAN BEG ‘KLASIK BAHARU’ KEGEMARAN GOLONGAN FESYEN-LV TWIST.
HoYeon Jung, namanya semakin kukuh dalam industri fesyen. Setelah meraih anugerah di 2022 BAFTAs, wanita ini makin giat menjadi rebutan pelbagai klien, termasuklah Louis Vuitton. Yang mana dia bermula sebagai peragawati, dan kini bergelar duta Louis Vuitton pula. HoYeon Jung tampil dalam kempen LV Twist untuk merayakan musim bunga 2022. Dirakam secara solo, tanpa berpasangan dengan mana-mana peragawati lain.
Kempen LV Twist memadankan pelbagai warna dengan warna terang dan berani, nyata bertenaga. Menyuntik elemen ‘muda’ juga terlihat separa kasual, nyaman dan kekinian. HoYeon Jung beraksi dengan variasi beg kegemaran kelompok fesyen, memperagakan semua jenis gaya yang menjadikan LV Twist sebagai satu aksesori yang versatil.
Beg tangan LV Twist musim ini menampilkan reka bentuk yang klasik, dengan sentuhan segar dan kontemporari. Ukuran beg medium, memberi opsyen gaya yang pelbagai, apalagi wanita masa kini gemar cuba gaya padanan beg yang bervariasi. Sesuai dengan apa jua penampilan pilihan.
Sejak kemunculan pertamanya pada 2015, beg itu telah menjadi salah satu beg paling ikonik yang menyerlahkan warisan jenama Louis Vuitton. Nama ‘Twist’ dipilih kerana penutup beg yang unik, manakala L dan V yang berputar di hadapannya disatukan untuk membentuk V-merujuk kepada ‘initial’ pengasas jenama.
Khusus musim bunga 2022, rangkaian LV Twist dihadirkan dalam pilihan warna yang menyala, seperti kuning, jingga dan ‘ombre pink’. Ternyata, energi muda dan kekinian membaluti rangkaian beg, supaya memenuhi kehendak kelompok fesyen masa kini yang bijak bergaya, malah terdiri daripada golongan usia muda.