Keep Calm & Eat Gelato! - Glam Malaysia

Keep Calm & Eat Gelato!

DÔME mempromosikan freshly-made ais krim Itali rendah lemak yang terdiri daripada 18 perisa eksotik seperti Rocher Rocher, Kickers, Bacio, Blue Moon, Wild Berry Yoghurt, dan banyak lagi!

KEEP CALM & EAT GELATO! DÔME Malaysia kini melancarkan menu terbaharu yang bakal menjadi kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa. Menikmati aiskrim adalah sebuah kebahagiaan. Jika anda sedang mencari pemanis mulut atau ais krim gelato yang mempunyai 18 perisa eksotik yang luar biasa, DÔME adalah jawapannya.

Kafe DÔME melancarkan Ais krim gelato yang ringan, gebu, rendah lemak, semulajadi, gelato yang menggunakan lebih banyak susu daripada krim, mentakrifkannya sebagai hidangan manis yang menenangkan yang membolehkan anda memanjakan diri tanpa rasa bersalah. Berbanding daripada ais krim perisa biasa seperti coklat, vanilla dan strawberi yang boleh didapati di kedai biasa, DÔME menampilkan sebanyak 18 perisa eksotik baharu antara yang popular dan lain daripada yang lain iaitu seperti Rocher Rocher, Kickers, Bacio, Blue Moon, dan juga Wild Berry Yoghurt. Setiap gelato mereka sangat istimewa kerana ia diperbuat daripada bahan semula jadi dengan menggunakan resipi tradisional dari Itali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)


Usah bimbang jika berat badan naik mendadak atau jika anda sedang on-diet, DÔME Gelato adalah semulajadi & baru dibuat menggunakan tradisional Resipi Itali. Ia dihidangkan dalam bekas atau kon rangup, dan anda boleh menikmati ais krim pada waktu tengah hari panas juga boleh melegakan atau menyejukkan  tekak anda yang kering atau bawa pulang satu atau dua pain untuk  meluangkan masa bersama keluarga sambil menonton filem kesukaan.

See also
Puteri Bongsu Cristiano Ronaldo Diperkenalkan Kepada Dunia

DÔME

DÔME Gelato Al Naturale kini boleh dinikmati bersama keluarga dan orang yang tersayang. Gelato tersebut hanya tersedia di dua cawangan iaitu di Bangsar Shopping Centre dan Suria KLCC. Pengunjung mempunyai pilihan hidangan satu skup (RM10), dua skup (RM18) serta satu Pint (RM38). Setiap harga termasuk 6% SST dan akan dikenakan 10% ke atas caj servis pada setiap pembelian.

Foto: DÔME Malaysia

Artikel Berkenaan: Alami Pengalaman Minum Petang Mewah Ala Peranakan