Formula Universal Sérum De Beauté Fluide Matifiant Cipta Kemasan ‘Matte’ - Glam Malaysia

Formula Universal Sérum De Beauté Fluide Matifiant Cipta Kemasan ‘Matte’

Raikan Tahun Baru bersama kemasan semula jadi tanpa sebarang kilauan. Kemasan matte hadir sebagai tekstur terbaru  Sérum De Beauté Fluide Matifiant oleh Gucci Beauty.

Kunjungan bulan Januari 2022, Gucci Beauty menampilkan primer asas solekan terbaru yang hadir dengan formula berasaskan gel sesuai untuk semua jenis kulit. Sérum De Beauté Fluide Matifiant akan meninggalkan kesan solekan segar sepanjang hari dan kulit seperti dibelai manja. Keunikan tekstur gel ini, dapat meluncur mudah pada kulit dan solekan akan tahan lama dan tampak lebih semula jadi.

Sambil melitupi ketidaksempurnaan kulit wajah, ia juga memberi kesegaran kulit dengan masa singkat kerana turut punya cooling gel. Antara kandungan Sérum De Beauté Fluide Matifiant, kaya ekstrak Moambe Jaune Tree, Asid Salicylic dan Bamboo Powder. Setiap intipati ini bertindak sebagai mengawal kehadiran kulit berminyak sepanjang hari, melitupi kesan pori dan memperbaiki kesan solekan tidak sekata.

Sebagai primer dan juga serum untuk wajah, kandungan istimewa seperti Asid Hialuronik, Glycerin juga membantu kulit wajah tampak lebih semula jadi dan kurang kompleksi. Aroma Rose Centifolia diambil sebagai penenang kulit wajah dan memberi antioksida istimewa. Rekaan kelalang kaca Sérum De Beauté Fluide Matifiant direka dengan kemasan ivory frosted mewah bersama logo Gucci adunan emas.

See also
GLAM Kongsi 8 Produk Kecantikan Mesti Miliki Minggu Ini

Artikel berkaitan Second Skin Effect di Gucci Beauty

Cara aplikasinya cukup mudah, bermula dengan Sérum De Beauté Fluide Matifiant sebagai langkah asas sebelum solekan sambil mengawal kilauan wajah. Kemudian, sapukan Fluide De Beauté Fini Naturel dengan rata pada keseluruhan wajah untuk kemasan semulajadi matte dan jangan lupa bedak asas Poudre De Beauté Mat Naturel dalam tekstur ringan untuk kemasan terakhir yang lebih sempurna.

Rajah kempen diambil oleh Mark Peckmezian bersama arahan seni Christopher Simmonds yang memilih inspirasi breakfast in bed sambil dilatari permandangan taman mewah. Gabungan produk terbaru Sérum De Beauté Fluide Matifiant bersama Fluide De Beauté Fini Naturel dan Poudre De Beauté Mat Naturel melengkapi sesi makan pagi yang lengkap di atas dulang perak dan di tengah-tengah meja terbuka. Cukup unik dan segar inspirasinya. Koleksi primer terbaru Sérum De Beauté Fluide Matifiant oleh Gucci Beauty ini bakal berada di pasaran pada 7 Januari 2022 di setiap kaunter kecantikan Gucci Beauty berdekatan dan di Sephora Malaysia pada 15 Januari 2022.

See also
Fenty Beauty Oleh Rihanna Bakal Menjadi Kenyataan — Update!