Ayuh Berpesta! Bergaya dengan H&M Innovation Circular Design Story - Glam Malaysia
H&M Innovation Circular Story Design

Ayuh Berpesta! Bergaya dengan H&M Innovation Circular Design Story

KOLEKSI BAHARU, H&M INNOVATION CIRCULAR DESIGN STORY DICIPTAKAN DALAM RAGAM SILUET HINGGA CORAK YANG MENCIRIKAN KARAKTER DESAIN TERSENDIRI. PALING UTAMA, IA SUATU KOLEKSI PERDANA YANG MERAIKAN DUA TEMA; KELESTARIAN DAN KEGEMBIRAAN. 

H&M Innovation Circular Story Design

H&M meneruskan usaha dalam melestarikan fesyen. Melalui koleksi terkini, H&M Innovation Circular Story Design, menggunakan pelbagai jenis bahan kitar semula dan boleh dikitar semula yang berteknologi tinggi. Dan memfokuskan sepenuhnya pada kefungsian dan adaptasi yang cemerlang. Ternyata koleksi ini menunjukkan komitmen H&M kepada sistem pengeluaran yang lebih pekeliling. 

Sempena meraikan ketibaan koleksi baharu ini, H&M telah bekerjasama dengan Normani, Gigi Hadid dan Kaia Gerber untuk memberi ‘sneak peak’ kepada koleksi ini. Dipersembahkan dengan pelbagai gaya mulai dari ‘loose’ hingga ‘party vibe’ yang memungkinkan para penggemar fesyen untuk mengambil inspirasinya sebagai gaya berpesta. Apalagi, bertepatan dengan kunjungan musim percutian, yang cukup sinonim dengan anjuran parti-parti terhangat. 

Hadirnya warna-warna berani sangat terlihat di panggung koleksi ini, dimulai dari satu set atasan dan bawahan serta gaun-gaun dengan warna seperti neon, ungu, merah, merah jambu, hingga kombinasi warna-warna berani. Bukan sekadar stail, koleksi ini turut mengutamakan penginovasian, yang mana reka bentuknya terdepan dan menggunakan bahan material yang inovatif. 

See also
Gucci Nojum, Seri Gaya 'Modest Wear’

Koleksi ini khusus yang suka bereksperimen gaya dan mengekspresikan diri mereka. Dan mengembalikan keseronokkan dalam berfesyen, dengan tampil berani dan maksimal lewat kehadiran trend pesta kali ini. Aspek-aspek ini juga ditunjukkan dalam kempen, yang dirakam oleh jurugambar Rafael Pavarotti bertajuk “Just before the party starts.”

Tema ini merakamkan sensasi kala bersiap sedia dan keyakinan serta keperibadian mereka yang obses pada fesyen, berkilauan, bergambar sakan di hadapan cermin, menari dengan bebasnya. Koleksi ini direka oleh pasukan reka bentuk H&M bersama penata gaya, IB Kamara. Yang menyumbang tenaga sebagai Penasihat Kreatif dan turut menata gaya kempen tersebut. Koleksi ini akan dilancarkan mulai 9 Disember 2021 di stor H&M terpilih dan dalam talian. 

Koleksi ini telah direka menggunakan alat yang dipanggil Circulator yang membolehkan pasukan reka bentuk H&M memeriksa semua peringkat proses penciptaan pakaian, daripada jangka hayat yang dijangkakan kepada bahan dan strategi reka bentuk. Sistem the Circulator dibangunkan oleh H&M Group untuk menyokong syarikat dalam usahanya menjadi lebih pekeliling, dan mencapai matlamat mereka untuk menjadi ‘climate positive’ menjelang 2040. Matlamatnya ialah semua produk H&M akan direka bentuk menggunakan alat itu menjelang 2025. 

See also
Backstage Alert! Istimewa GLAM di KLFW 2018

Artikel berkaitan: Penampilan Berani Selebriti Di Fashion Awards 2021