Use your ← → (arrow) keys to browse
Sekian lama Rihanna menjadi inspirasi kepada dunia, kini penyanyi dan pereka fesyen ini akhirnya diberi penghormatan sewajarnya sebagai wira negara.
Sewaktu majlis pelantikan Presiden Barbados dua hari lalu, Rihanna diumumkan sebagai Wira Negara oleh Perdana Menteri, Mia Mottley.
Acara yang berlangsung di kampung halaman bintang itu, Bridgetown diadakan sebagai tanda berakhirnya hubungan Barbados dengan United Kingdom dan monarki Britain secara rasmi. Negara itu kini diiktiraf sebagai sebuah negara republik dalam Komanwel.