Mercedes-Benz A-Class Sedan, Mewah Pemasangan Dalam Negara - Glam Malaysia

Mercedes-Benz A-Class Sedan, Mewah Pemasangan Dalam Negara

Mengukuhkan jejak tempatannya, Mercedes-Benz memperkenalkan kereta baharu yang lebih pintar, Mercedes-Benz A-Class Sedan kini dipasang secara tempatan.

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) menampilkan  A-Class Sedan baharu yang dipasang dalam Negara, di Malaysia. Menetapkan piawaian dalam segmen automotif tempatan, Sedan A-Class baharu boleh didapati dalam dua varian iaitu Mercedes-Benz A 200 Progressive Line dan Mercedes-Benz A 250 AMG Line. Dan ini membuktikan Mercedes-Benz sekali lagi hadir dengan penampilan yang lebih canggih, sedan kompak ini menampilkan gaya sporty pada reka bentuk tiga kotak yang berkelas dengan ciri kemudahan seperti but besar dan Pengalaman Pengguna Mercedes-Benz yang revolusioner.

 “Dua penambahan baharu kepada barisan pengeluaran tempatan kami adalah bukti komitmen kami untuk memperluaskan lagi kedudukan tempatan dan meningkatkan pelaburan dalam sektor automotif tempatan. Kedua-dua A-Class dan GLA adalah model kejayaan dan terlaris dan kami teruja untuk mengumumkan bahawa kedua-duanya kini dipasang secara tempatan di Pekan, Pahang. Kami percaya ini akan terus mengukuhkan tawaran tempatan langsung untuk kami tingkatkan lagi usaha menyediakan kejuruteraan Jerman premium dan mewah yang terbaik.” – Michael Jopp, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran, Kereta Penumpang Mercedes-Benz.

Dengan kehebatan reka bentuk aslinya, A-Class Sedan menggembirakan segala deria pada masa yang sama, dan dengan padanan lancar berserta reka bentuk Sensual Purity.  Sedan A-Class baharu mempunyai perkadaran kereta sedan yang dinamik dan kompak dengan bahagian hadapan dan belakang yang pendek.

See also
Foto Pilihan #MostGLAM2016!

Bahagian dalaman Sedan A-Class baharu mengekalkan rupa modennya yang avant-garde. Mercedes-Benz telah mengambil pendekatan baharu, merevolusikan kelas kompak dari namun sensasi rasa luas yang terkini. Seni bina dalaman yang unik dibentuk khususnya oleh reka bentuk papan pemuka yang avant-garde. Lubang udara dalam pengudaraan turbin yang sporty adalah antara highlight buat kedua-dua varian kenderaan hebat ini.

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

A 200 Progressive Line

Portfolio enjin Sedan A-Class adalah cekap dan berkuasa, dengan A 200 Progressive Line berjalan pada enjin 1.33 liter yang menjana 163 kuasa kuda. Sedan A-Class baharu boleh didapati dalam warna Polar White, Cosmos Black, Mountain Grey, Iridium Silver dan Denim Blue yang menampilkan kemasan gentian karbon.