GLAM Persona: Calling For Yaya Zahir - Glam Malaysia

GLAM Persona: Calling For Yaya Zahir

KREATIVITI, ESTETIKA DAN EKSPRESI VISUAL KREASI YAYA ZAHIR DIPERLIHATKAN BEGITU ANGGUN. PERKONGSIAN KANDUNGAN DIGITALNYA MENERAJUI LAPANGAN KREATIF DIGITAL TEMPATAN YANG DIRENCANAKANNYA SENDIRI.

PENGARANG KREATIF: AIZAT AIDID TEKS: ZUHAIRIE SAHROM PENGARANG FESYEN: JOHAN KASSIM GAMBAR: EDMUND LEE SOLEKAN & DANDANAN: MAY WOO GAJET: SAMSUNG GALAXY Z FLIP3 5G BUSANA: LOUIS VUITTON

Memasuki usia ke 30 tahun Ogos lalu, Zuhairah binti Zahir; yang lebih dikenali sebagai Yaya berpunya profil resume yang begitu lengkap. Seperti yang ditampilkan menerusi bio ringkas di laman Instagramnya, Yaya adalah seorang pengacara dan pelakon. Selain merencanakan bisnes jenama pakaian Asly di samping suami Arriz Azim; dan pemanis mulut Oh My Dough yang direncanakan bersama kakak iparnya mengisi ruang masa saat pandemik melanda. Kreativiti, estetika dan ekspresi visual wanita kelahiran Petaling Jaya ini juga diperlihatkan menerusi kandungan digital yang direncanakannya sendiri. Di mana, kebanyakannya menyentuh kandungan semasa lapangan fesyen serta dunia kecantikkan yang dipamerkan menerusi akaun laman Instagramnya.

See also
Fleur du Désert Taruhan Terbaru Louis Vuitton

WANITA CELIK DIGITAL

Kerjaya anak bongsu dari tiga beradik ini berkembang secara organik. Usai pengajian di UiTM dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina, Yaya memerankan tanggung jawab sebagai pembantu pereka bentuk dalaman untuk glamReka&glamCasa milik fesyen guru, Datuk Rizalman. “Bekerja dengannya membuka mata saya melihat lapangan seni ini dengan menyeluruh. Lalu, terkait antara satu elemen dengan elemen yang lainnya. Bukan sekadar hiasan dalaman. Malah Yaya berpeluang menimba ilmu mengenai bisnes perkahwinan serta dunia fesyen, memahami jenis kain dan sebagainya. Sebagai seorang pemimpin, Datuk Rizalman sangat profesional dalam pekerjaan juga tidak lokek berkongsi ilmu serta nasihat. Dia senang dibawa bicara, bekerja dengannya juga menyeronokkan,” Yaya menceritakan permulaan kerjayanya.

yaya zahir

“Ibu Yaya banyak menyokong perjalanan karier Yaya. Yaya, dibesarkan sepenuhnya di Petaling Jaya oleh ibu tunggal, Zaharah namanya. Ibu senantiasa berpesan betapa pentingnya pelajaran serta berusaha untuk memiliki kerjaya yang baik. Selagi gus, menasihati kami berdikari sendiri dan tidak bergantung kepada sesiapa, sekalipun sudah berumahtangga. Arwah ayah meninggalkan kami sekeluarga waktu Yaya berusia 8 tahun kerana serangan jantung. Ibu membesarkan kami tiga beradik dari kecil sehingga hari ini Yaya memanjatkan kesyukuran dengan kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah SWT, sekalipun merasa sekejap kasih sayang dari seorang ayah. Namum, kami sekeluarga disayangi oleh bapa saudara, ibu saudara serta sepupu terdekat. Yaya bersyukur mempunyai kenangan 8 tahun bersama arwah ayah walaupun ketika itu masih berusia mentah dan tidak berapa mengingati memori. Namun, di era 90-an, rata-rata kita merakam saat manis dengan kamera, baik video atau foto. Yaya masih berupaya mengimbas memori bersama arwah menerusi visual rakaman bercuti bersama keluarga,” terang Yaya berkongsi perihal peribadi.

See also
Modernis Pop!

Baca lanjut dalam GLAM September 2021

Pautan berkenaan: GLAM Persona: Scha Alyahya GLAM’s Coolest Fashion Icon