Birds In The City Taruhan Khoon Hooi Buat Wanita Riang - Glam Malaysia
birds in the city

Birds In The City Taruhan Khoon Hooi Buat Wanita Riang

Sensasi gaya watak riang Elle Woods daripada filem Legally Blonde serta penyanyi nombor satu, Taylor Swift dijadikan paksi gaya koleksi Birds In The City oleh Khoon Hooi.

Kita masih perlu duduk di rumah. Masih tidak boleh keluar untuk berjumpa teman rapat atau kekasih hati. Walaupun duduk di rumah, janganlah kita lupakan hal untuk menjaga diri. Siapa kata hanya perlu bersiap cantik apabila hendak ke temu janji sahaja? Apa yang kita belajar daripada era lockdown ini, jangan simpan pakaian cantik kamu untuk oran lain melihatnya. Wanita perlu melaram untuk diri sendiri dahulu. Orang lain melihat itu hanyalah sekadar bonus. Idea inilah yang membuatkan Khoon Hooi bersemangat melancarkan koleksi mini kapsul terbarunya yang dinamakan Birds In The City. Masih kekal dengan gaya yang relaks, koleksi ini ditambah citra yang cukup riang. Dapatlah membantu ubati kerinduan kita untuk bersiap cantik.

Karakter Elle Woods dan juita riang, Taylor Swift menjadi idea dalam penghasilan koleksi mini ini. Khoon Hooi mahu injek rasa playfull pada gerobok wanita tatkala kita dalam belengu yang suram. Lupakan seketika masalah pendamik dan sarungkan helaian yang mempunyai perincian yang indah dan balutan item yang memberi keriangan pada gaya harian. Ia seakan memberi wanita satu kepuasan untuk membebaskan diri daripada mimpi hitam ini. Bijak Khoon Hooi menaruhkan pilihan rona yang pop juga lembut, menambah rasa positif pada diri wanita. Pilihan palet yang pelbagai, mampu memuaskan permintaan wanita era ini. Melalui koleksi mini ini, ada tiga taruhan item yang mampu digayakan dalam pelbagai stail.

See also
Bidadari Adi Busana

LEIGHTON TUNIC

Dress tunik dengan fabrik dalam cetakan bintang 2D ini menjelmakan semangat yang lebih playful pada gerobok wanita. Sesuai digayakan dalam apa jua acara. Jika boleh ke pantai, ia disarungkan di atas bikini kamu. Atau ke resepsi perkahwinan boleh gayakan dengan kain sutera corak pop. Lengan pula dipotong longgar, memberi kebebasan untuk wanita mudah bergerak dalam tunik Leighton ini.

TAYLOR TOP

Tidak mungkin Khoon Hooi taruhkan koleksi barunya tanya ada fabrik broked! Ia adalah material utama buat rumah fesyen ini. Buat koleksi yang satu ini, Khoon Hooi mempersembahkan top Taylor dalam fabrik broked. Ditambah dramatik dengan lengan yang direka puffy. Ada pula riben yang menggunakan fabrik grosgrain untuk melembutkan citra gaya baju Taylor ini.

BROOKLYN SKIRT

Taruhan ketiga Khoon Hooi adalah skirt berlisu dwirona ini. Cukup feminin dengan gabungan skirt ini bersama top kasual. Paduan dua rona pula memecah gaya suram. Memberi keselesaan pada wanita kerana tali pada pinggang menggunakan getah yang lebih fleksibel.

See also
5 Gaya Santai Sharifah Rose Pilihan GLAM

Artikel Berkaitan: Prada & Festival 2021 Qixi, Bingkisan Buat Yang Tersayang