Redakan Kehangatan Dengan Nespresso Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad - Glam Malaysia

Redakan Kehangatan Dengan Nespresso Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad

Nespresso memperkenalkan perisa Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad dalam menghembuskan kesegaran ketika cuaca panas di Malaysia, selain mesin Nespresso Atelier baharu untuk ritual kopi yang tiada tandingan.

Kebelakangan ini, cuaca di Malaysia terasa cukup panas. Dalam meredakan kehangatan ini, Nespresso mahu penggemar kopi menikmati kesegaran Barista Creations for Ice yang merupakan koleksi kopi yang direka khusus untuk minuman berais. Kali ini, Barista Creations for Ice diberikan sentuhan istimewa dengan perisa Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad.

Bersempena dengan pelancaran Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad ini, Nespresso menerusi Nespresso Atelier turut menyuntik keterujaan dengan sebuah mesin kopi versatil dan serbaguna yang dapat menghasilkan resipi kopi yang panas dan sejuk. Ini adalah penampilan pertama dalam pasaran Malaysia.

 “Kelapa bukanlah sesuatu yang baharu di negara Malaysia yang beriklim tropika sepanjang tahun. Dengan sukacitanya, kami di Nespresso, sangat teruja untuk memperkenalkan Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad, yang cukup enak dinikmati bersama ais. Kami berharap ia dapat menggalakkan lebih ramai penggemar kopi untuk menikmati detik-detik yang menyegarkan ini dengan selesa di rumah bersama Nespresso,” kata Floriane Novello, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nespresso Malaysia.

Kekal Segar dengan Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad

Sentuahan perisa kelapa pada Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad cukup serasi dengan rasa panggang dan berkaramel pada espresso kopi Arabika Amerika Latin.

See also
Menu Eksklusif Nespresso Dan W Kuala Lumpur

Campuran biji kopi Brazil membawakan kelembutan yang amat memikat, manakala biji kopi Arabika dari Amerika Tengah dan Selatan pula memberikan rasa yang sebati. Hanya dengan satu hirupan kopi yang dipanggang secara sederhana ini, cetusan nota vanila yang enak dapat dirasai seperti arus yang membawakan citarasa pulau tropika.

Penggemar kopi boleh memilih untuk membancuhnya sama ada terus ke atas ketulan ais untuk menyejukkannya di samping mengekalkan perisanya secara serta merta, ataupun untuk membancuhnkan bersama air atau susu sejuk supaya kopi enak yang menyegarkan ini dapat dinikmati dengan lebih lama.

Sejukkan diri anda bersama Freddo Delicato and Freddo Intenso

Dalam cuaca yang panas ini, Nespresso turut membawa kembali dua adunan kopi ais kegemaran ramai, Barista Creations Freddo Delicato dan Freddo Intenso, dengan desain sarung yang serba baharu. Barista Creations Freddo Delicato dipanggang secara ringan dan dikisar khusus untuk menyerlahkan nota yang halus, ceria dengan keenakan daripada biji kopi Arabika Kenya apabila dituangkan ke atas ais. Manakala Barista Creations Freddo Intenso pula dicipta untuk mereka yang mencari rasa panggang yang lebih mendalam apabila biji kopi Arabika Amerika Selatan digandingkan dengan Arabika Indonesia yang akan menghasilkan kopi ais yang pekat dan mengujakan.

Barista Creations for Ice sebaiknya dihidang dengan satu kapsul kopi (40ml) bersama ketulan ais (90g) serta air atau susu yang sejuk (90ml) untuk menghasilkan rasanya yang lengkap. Nespresso juga telah menyelidik dan meneliti dari segi panggangan dan kisaran tertentu pada setiap campuran untuk menjamin rasa dan kualiti tertinggi walaupun setelah ais yang dicampurkan ke dalam minuman ini kian cair.

See also
Kehalusan Kraftangan Kopi Dengan Nespresso Master Origin

Nespresso Atelier: Mesin Kopi Versatil untuk Ritual Kopi Tiada Tandingan

Diperkenalkan sebagai meja kerja peribadi, Nespresso Atelier membolehkan penggemar kopi untuk menjadi pereka cipta resipi kopi dan susu mereka yang tersendiri. Teknologi terkini Nespresso Atelier membolehkan bancuhan pelbagai jenis resipi kopi sejuk mahupun panas, daripada Cappucino, Flat White, Mocha hinggalah ke Latte Macchiato dan Frappe Ais hanya dengan satu sentuhan butang. Selain akses secara langsung kepada sembilan resipi, penggemar kopi juga boleh mencipta dan menyesuaikan resipi kopi dan bukan kopi seperti coklat dengan menggunakan mesin kopi rekaan moden ini.

Sebagai tambahan kepada ciri ringkasnya, Nespresso Atelier juga boleh membuihkan susu atau bahan alternatif berasaskan tumbuhan secara automatik dan membancuh resipi terus ke dalam cawan. Mesin ini mempunyai pembuih susu yang boleh ditanggal untuk memudahkan proses cucian, dan ciri peringatan nyah kerak bagi memastikan mesin berfungsi dengan baik untuk memberikan pengalaman kopi yang sempurna, pada setiap masa.

Aksesori Istimewa Nespresso Kini Kembali

See also
Rahsia Secangkir Kopi

Untuk menambahkan perisa kopi Barista Creations for Ice, Nespresso memperkenalkan tiga perisa sirap MONIN baharu, Vanilla, Tiki dan Saffron dalam saiz 50ml. Sirap ini mengandungi perisa semula jadi yang dicipta khas untuk meningkatkan profil rasa secawan kopi.

Bekas ais Nespresso yang istimewa kini kembali atas permintaan ramai dengan reka bentuk yang boleh susun kemas di atas satu sama lain. Hadir dalam palet warna baharu untuk dipadankan bersama kapsul Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad.

Selain itu, Nespresso juga menawarkan botol air yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja serta tuala pantai yang dikitar tinggi (upcycled) untuk meningkatkan lagi pengalaman tropikal

Nespresso Barista Creations for Ice sudah boleh didapati bermula awal Julai lalu. Nespresso Coconut Flavour over Ice Edisi Terhad boleh dinikmati pada harga RM28 setiap sarung, sementara Barista Creations Freddo Delicato dan Barista Creations Freddo Intenso berharga RM25. Mesin Nespresso Atelier pula berharga RM1,499, dan setiap unit akan dihadiahkan satu Nespresso VIEW Mug secara percuma. Semuanya boleh didiapati melalui aplikasi Nespresso, laman rasmi dan talian khidmat pelanggan.

Foto: Nespresso Malaysia

Baca lebih lanjut: 5 Warna Inspirasi Mediterranean Buat Kediaman Rumah